pahangdaily pahangdaily Author
Title: Selepas Dituduh Pengganas, Qatar Beli Jet F-15 Dari Amerika Syarikat
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
DOHA : Qatar menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat (AS) untuk membeli jet pejuang F-15 pada AS$12 bilion. Perjanjian itu s...
DOHA: Qatar menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat (AS) untuk membeli jet pejuang F-15 pada AS$12 bilion.
Perjanjian itu selesai walaupun Presiden AS, Donald Trump mengkritik negara Teluk itu kerana menyokong keganasan.
Setiausaha Pertahanan AS Jim Mattis dan wakil dari Qatar dijadual bertemu pada Rabu untuk memeterai perjanjian itu, menurut satu sumber yang berkaitan perjanjian itu dipetik memberitahu Reuters.
Bloomberg juga melaporkan perjanjian yang termeterai itu meliputi pembelian 36 jet.
Jualan ini akan meningkatkan kerjasama keselamatan dan teknologi maklumat antara AS dan Qatar, kata Pentagon.
Mattis dan Menteri Hal Ehwal Pertahanan Qatar, Dr Khalid Mohammad Al-Attiyah juga berbincang berkenaan status terkini operasi terhadap IS dan memberi tumpuan kepada usaha meredakan ketegangan yang semakin meruncing di kalangan negara Teluk, kata Pentagon.
Pada November, Amerika Syarikat meluluskan penjualan sehingga 72 pesawat F-15QA ke Qatar pada harga AS$21.1 bilion.
Boeing Co adalah kontraktor utama dalam jualan jet pejuang ke negara Timur Tengah.
Boeing enggan mengulas berkenaan perkara ini.
Trump pada Jumaat menuduh Qatar menjadi penaja “pengganas peringkat tinggi” yang berpotensi menghalang usaha Jabatan Negara AS untuk meredakan ketegangan dan sekatan ke atas negara Teluk tersebut oleh negara Arab dan lain. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top