pahangdaily pahangdaily Author
Title: Shamsul: Bayaran PTPTN Boleh Di Buat Secara "Debit Dalam Talian" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Bagi memudahkan peminjam membuat bayaran balik secara konsisten, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mel...
KUALA LUMPUR: Bagi memudahkan peminjam membuat bayaran balik secara konsisten, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaksanakan sistem pembayaran “direct debit” atau debit terus secara dalam talian bermula hari ini.
Pengerusi Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata menerusi kaedah itu, peminjam tidak perlu lagi ke kaunter PTPTN untuk membuat bayaran debit terus sebaliknya hanya perlu membuat pendaftaran melalui www.ptptn.gov.my.
“Sebenarnya debit terus secara manual diperkenalkan pada November tahun lepas, tetapi kaedah ini agak rumit kerana berlaku beberapa kesilapan kecil semasa pengisian borang seperti perbezaan tandatangan yang akan menyebabkan permohonan ditolak.
“Menerusi debit terus secara dalam talian ini, kelulusan permohonan juga dapat dilaksanakan dengan lebih cepat iaitu dalam tempoh 3 hari bekerja dan peminjam boleh memilih untuk membuat bayaran menggunakan bank pilihan mereka kerana terdapat 17 buah bank yang menyediakan kemudahan ini,” katanya.
Shamsul berkata selain peminjam, kaedah tersebut juga dapat dinikmati oleh pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
“Kita yakin melalui kaedah ini, jumlah skim simpanan akan meningkat dan sasaran RM4 bilion bayaran balik bagi tahun ini dapat dicapai yang mana sehingga April lepas sebanyak RM1.39 bilion berjaya dikutip.
“Peminjam yang membuat bayaran balik secara konsisten sehingga 31 Disember tahun ini menerusi kaedah debit terus secara dalam talian juga dapat menikmati diskaun 10% mengikut bayaran balik yang ditetapkan,” katanya.
Bagaimanapun, Shamsul berkata bagi memudahkan urusan bayaran balik dan simpanan, pihaknya menggalakkan peminjam dan pendeposit SSPN-i membuat rundingan dan menghubungi talian Careline PTPTN untuk membuat rundingan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top