pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sebuah Lori 'Treler Bauksit' Tanpa Pemandu, Terbakar Di Semambu !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Sebuah treler yang dipercayai membawa muatan bauksit terbakar di Jalan Semambu berhampiran kawasan perindustrian, Semambu, pagi...

KUANTAN: Sebuah treler yang dipercayai membawa muatan bauksit terbakar di Jalan Semambu berhampiran kawasan perindustrian, Semambu, pagi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Indera Mahkota, Penguasa Bomba Kanan II, Zulkefli Wan Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 11.19 pagi berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, seramai tujuh anggota telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran tersebut.

“Bila sampai, kita dapati kebakaran berlaku membabitkan kepala treler dan ia musnah secara keseluruhan.

“Namun pihak kita berjaya padam kebakaran terbabit dalam 45 minit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kerana pada ketika itu pemandu tidak berada dalam kenderaan berat terbabit. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top