pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tujuh Di Tahan Gara-Gara Belasah Penguat Kuasa DBKL, Dua Beradik
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Tindakan menyerbu peniaga tidak berlesen pada awal pagi mengundang padah apabila beberapa penguat kuasa Dewan Bandaraya ...
PETALING JAYA: Tindakan menyerbu peniaga tidak berlesen pada awal pagi mengundang padah apabila beberapa penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dipukul dan diserang dengan semburan lada.

China Press melaporkan 2 beradik turut dibelasah kira-kira 10 orang, 3 jam kemudian berhampiran lokasi serbuan DBKL itu.
Salah seorang mangsa itu ditetak dengan parang di bahagian leher. Beliau kini dalam keadaan stabil selepas dirawat di hospital.
Dua kejadian berasingan itu berlaku pada jam 12.36 pagi dan 3.40 pagi Selasa lalu di Medan Bunus serta Jalan Masjid India.
Selepas menerima 2 laporan, polis bersama DBKL dan Jabatan Pertahanan Awam melancarkan operasi bersepadu pada hari sama yang menyaksikan 7 suspek ditahan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman yang dipetik akhbar itu berkata, seramai 40 orang disoal siasat di tempat kejadian, kelmarin.
Katanya, seorang daripada suspek itu ditahan kerana menyerang penguat kuasa DBKL, manakala 6 lagi kerana membelasah 2 beradik terbabit.
Beliau berkata, 2 kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top