pahangdaily pahangdaily Author
Title: Video Kaki Pukau Cari Duit Raya Di Kedai "Kuantan Parade" Tersebar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Seorang lelaki didakwa sedang giat 'menjelajah' ke beberapa lokasi di negara ini sambil menjalankan aktiviti ...

PETALING JAYA: Seorang lelaki didakwa sedang giat 'menjelajah' ke beberapa lokasi di negara ini sambil menjalankan aktiviti menipu wang di kaunter juruwang.

Kegiatannya terbongkar apabila sebuah video telah dimuat naik di Facebook pada Khamis, menunjukkan seorang lelaki sedang berurusan dengan seorang juruwang di sebuah kedai di Kuantan Parade.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah meminta untuk menukar wang sebelum menggunakan kemahiran ala silap matanya untuk mengelirukan juruwang tersebut.

Menerusi apa yang ditulis di ruangan komen, tak kurang juga yang mendakwa dia menggunakan ilmu pukau.

Apa yang mengejutkan, terdapat beberapa individu yang mendedahkan bahawa mereka juga pernah menjadi mangsa kepada lelaki yang sama dalam video tersebut.

"Orang yang sama buat saya. Jauh eh merantau dia. Dari JB ke Pahang. Bila la nak kena tangkap. Pandai pula dia kelepet duit tu. Memang pro betul," tulis Norsuhada Syud, disertai sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter juruwang.

Asuwadi Alias menulis: Kedai aku pun kena dengn orang ni juga kat Selangor.
"Orang yang sama pernah ke tempat saya dekat Pull and Bear, Bandar Utama, Damansara. 

Baru je kena bulan empat hari tu. Memang kena buat report ni kalau tak semua negeri dia pergi buat benda yg sama. #pdrm please ambil tindakan," tulis Eiss Iskandar, sambil menyertakan video rakaman CCTV kejadian.


Norzurina Alias menulis: Ni bukan pukau. Wow ramai eh yang kena, termasuk aku sekali dengn orang ni lah. Jauh dia merantau. Dah buat report, tapi tak de jawapan even dah bagi video CCTV camni.

Selain lokasi di sekitar Pahang dan Selangor, lelaki ini juga didakwa pernah melakukan kegiatan sama di Sarawak.

Beberapa mangsa yang mendakwa telah membuat laporan polis terkejut kerana melihat lelaki ini masih bebas dengan aktivitinya.

Video ini telah dilihat sebanyak 225,000 kali dan dikongsi hampir 2,000 kali. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top