pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wan Azizah Gesa Kerajaan Tubuh RCI Terhadap Dakwaan DoJ Pula !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Sehari selepas kerajaan mengumumkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat skandal kewangan era 198...

PETALING JAYA: Sehari selepas kerajaan mengumumkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat skandal kewangan era 1980-an, pembangkang hari ini mendesak suruhanjaya sama ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berhubung dana dilarikan daripada 1MDB. 

“Keputusan kabinet menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia adalah langkah yang amat dialu-alukan,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Semalam, Kabinet mengumumkan penubuhan RCI bagi menyiasat kerugian bank pusat sekitar tahun 1980-an dan 1990-an, iaitu ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. “Maka di atas prinsip yang sama, saya menuntut penubuhan RCI bagi menyiasat dakwaan DoJ mengenai skandal 1MDB,” kata presiden PKR itu. 

Dr Wan Azizah juga mengumumkan mesyuarat melibatkan semua pemimpin pembangkang pada 28 Jun ini bagi membincangkan pendedahan DoJ melibatkan 1MDB. 

DoJ dalam saman terkini difailkan di California minggu lalu mendakwa pelbagai aset mewah dibeli menggunakan sejumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dicuri daripada 1MDB. Dr Wan Azizah tidak menolak kemungkinan tindakan Kabinet menubuhkan RCI menyiasat skandal kewangan BNM itu untuk mengalihkan tumpuan terhadap DoJ mengenai 1MDB.

Katanya RCI terhadap dakwaan DoJ akan membuktikan ia bukan bertujuan untuk mengalihkan perhatian. “Kita tidak seharusnya menunggu 23 tahun untuk merungkai dakwaan penyelewengan 1MDB,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top