pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wanita Cedera Parah, Bas Ekspres Merempuh Belakang Lori Tanah Di Kuantan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Seorang wanita cedera parah apabila bas ekspres yang dinaikinya merempuh bahagian belakang sebuah lori yang membawa muatan t...

KUANTAN: Seorang wanita cedera parah apabila bas ekspres yang dinaikinya merempuh bahagian belakang sebuah lori yang membawa muatan tanah di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan Kuantan di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, lori berkenaan telah terbalik ke bahagian kiri jalan, bagaimanapun pemandunya serta penumpang bas yang lain dilaporkan selamat.

Bas terbabit difahamkan dalam perjalanan dari Terengganu menuju Segamat, Johor dan singgah di Terminal Sentral Kuantan untuk mengambil penumpang.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang berkata, mangsa yang terlibat berusia dalam lingkungan 50-an dan mengalami patah paha kiri akibat daripada kemalangan tersebut.

Menurutnya, mangsa duduk di hadapan sebelah kiri pemandu bas dan rempuhan terbabit menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kakinya.

“Kita membantu mengeluarkan mangsa dan membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Jelasnya, mangsa mendakwa pemandu bas berkenaan menggunakan telefon bimbit sebelum kejadian itu berlaku.

“Saya dimaklumkan mangsa mendakwa ada  menegur perbuatan pemandu bas itu, namun tidak dihiraukan sebelum kenderaan itu secara tiba-tiba merempuh belakang lori berkenaan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top