pahangdaily pahangdaily Author
Title: Zahid: "Akta Keselamatan Siber" Akan Di Bentangkan Di Parlimen !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU: Kerajaan akan membentangkan akta khusus dalam usaha mengekang jenayah siber pada sidang Parlimen akan datang, kata Timbalan...
JOHOR BAHRU: Kerajaan akan membentangkan akta khusus dalam usaha mengekang jenayah siber pada sidang Parlimen akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri dalam negeri itu berkata, draf Akta Keselamatan Siber diserahkan kepada peguam negara semalam dan ia akan diteliti Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.
“Kerajaan serius dalam (menangani) jenayah siber ini kerana ia juga termasuk dalam kuasa pihak agensi penguat kuasa bagi memantau sebarang aktiviti pengambilan (rekrut) pengganas atau dana yang digunakan dari sumber dalam atau luar (negara) bagi keganasan atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) atau lain, termasuk perjudian dalam talian,” katanya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha kerajaan menangani aduan berhubung keselamatan siber yang secara purata sebanyak 10,000 kes diterima setahun.
Menurut Zahid, dengan adanya akta itu, kepentingan rakyat sewaktu menggunakan Internet lebih terpelihara dan segala transaksi maklumat dalam talian tidak akan tergugat.
Katanya, dengan adanya Agensi Keselamatan Siber Negara (NCSA) menjadi agensi tunggal dalam mengkoordinasikan semua agensi yang menguruskan ancaman keselamatan siber, pemantauan dapat dilakukan setiap masa dan setiap aduan akan diambil tindakan perundangan.
“Kita melihat aspek keselamatan dan perlakuan jenayah sebagai keutamaan kepada kewujudan agensi berpusat ini,” tambah Zahid.
NCSA pada dasarnya berkuat kuasa pada 1 Februari lepas di Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, dengan mengguna pakai undang-undang sedia ada, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan 1948. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top