pahangdaily pahangdaily Author
Title: Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Sehari selepas diarahkan bercuti oleh Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings, Datuk Zakaria Arshad hari ini hadir d...
PUTRAJAYA: Sehari selepas diarahkan bercuti oleh Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings, Datuk Zakaria Arshad hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbekalkan dokumen berkenaan syarikat itu.
Ketua pegawai eksekutif dan presiden FGV Holdings itu berkata beliau dipanggil badan anti-rasuah itu.
“Saya dipanggil SPRM tetapi saya pun dah sedia. Hari ini tak ada cerita apa, cuma nak serah dokumen berkenaan FGV sahaja.
“Terpulang pada SPRM nak tanya apa,” katanya.
Semalam, Zakaria menyeru SPRM menyiasat keseluruhan operasi syarikat itu bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa.
Jelas Zakaria, walaupun diarahkan bercuti serta-merta, beliau sedia memberi kerjasama untuk menyiasat syarikat perladangan itu termasuk ketika sebelum beliau menjadi CEO lagi.
“Saya sedia bekerjasama kepada SPRM. Saya tidak takut untuk berdepan situasi ini kerana yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mungkin banyak perkara yang boleh disiasat oleh SPRM.
“Dengan penglibatan SPRM sendiri, mungkin banyak persoalan boleh dirungkai dan diselesaikan,” katanya.
Zakaria dilantik sebagai CEO pada 1 April tahun lepas.
FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Selain daripada Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Wednesday, June 07, 2017 11:19:00 PM

Apakah SPRM Akan meneruskan dakwaan bila kebenaran diluahkan Zakaria bila ada terdapat nama BESAR TERLIBAT?pasti akan ada Tangan Ghaib yang menghalang siasatan dan dakwaan diteruskan.kite tunggu episod seterusnye nanti.

Haru Biru said... Thursday, June 08, 2017 7:30:00 AM

Malangnya warga felda(ore melayu)kerne ditipu oleh bangsanya sendiri. Atap semua warga Felda dpt bgkit melakukan perubahan u masa dpn negara dan generasi akan dtg. Tp AWAS, dkt Praya nty, akan ada bonus dan janji2 manis yg akn ditabur. Arap X goyang

 
Top