pahangdaily pahangdaily Author
Title: 1MDB Bayar Lebih RM56 Juta Bagi Menaja Bakal Haji Sejak Dari 2011
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA NERUS: Penajaan Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melibatkan lebih RM56 juta sejak 2011, membe...
KUALA NERUS: Penajaan Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melibatkan lebih RM56 juta sejak 2011, memberi manfaat kepada 5,711 orang di seluruh negara.
Pengerusi Jawatankuasa Program berkenaan, Datuk Jailani Ngah berkata jumlah tersebut tidak termasuk subsidi yang disediakan pihak kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa komited meneruskan program itu meskipun melibatkan jumlah yang besar dan dikecam pelbagai pihak.
Katanya jumlah bayaran bagi mengerjakan Haji tahun ini ditetapkan sebanyak RM9,980 manakala subsidi diberikan sebanyak RM9,570 bagi seorang jemaah.
“Tahun ini seramai 1,100 jemaah ditawarkan menyertai program ini. Antara calonnya ialah imam, pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung, yayasan pondok, guru Tahfiz… ada juga kalangan pengamal media dan tok batin,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat jemputan program berkenaan yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini.
Mengikut rekod, program tersebut melibatkan seramai 111 orang pada 2011, 400 orang (2012), 776 orang (2013), 984 orang (2014), 1,181 orang (2015) dan 1,090 orang (2016).
Sementara itu, menerusi majlis hari ini, seramai 87 orang menerima surat tawaran dan dijangka berlepas ke Madinah menerusi penerbangan terakhir pada 9,10 dan 11 Ogos sebelum ke Mekah.
Empat orang pengamal media turut menerima surat tawaran hari ini dan rata-rata mereka mengucapkan syukur kerana berpeluang menunaikan Haji menerusi tajaan tersebut.
Tuan Azam Tuan Johan, 65, merupakan wartawan sambilan Bernama berkata jika menunggu giliran sepertimana ditetapkan Tabung Haji, beliau perlu menunggu 10 tahun lagi untuk ke Tanah Suci.
“Tidak terkata gembiranya apabila menerima tawaran ini. Setelah pencen saya bukan sahaja menjadi wartawan sambilan tetapi juga pengerusi JKKK di kampung Seberang Tuan Chik dan peluang ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bukan semata-mata untuk beribadah tetapi juga membantu pihak pengurusan sekiranya diperlukan nanti,” katanya.
Pengamal media lain ialah Ruslan Abdul Rahman iaitu Timbalan Pengarah (Operasi) Unit Komunikasi Negeri, Mohd Yassin Embong (Pemasaran akhbar New Straits Times) dan Khalid Abdullah (RTM). #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top