pahangdaily pahangdaily Author
Title: 1MDB: DoJ Baru "Fail Saman Sivil", Tidak Wajar Kerajaan "Tubuh RCI" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Tidak wajar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semata-mata kerana ...

SHAH ALAM: Tidak wajar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semata-mata kerana ada pihak berkuasa asing seperti Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, 'lebih-lebih lagi jika ia baru di peringkat fail dan belum dibicarakan di mahkamah'.

"Memetik kenyataan DoJ sendiri, "aduan melucut hak sivil hanyalah sekadar dakwaan yang menyebut bahawa terdapat wang atau harta yang terlibat atau merupakan hasil dari perlakuan jenayah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, jelas Puad lagi dakwaan-dakwaan ini belum terbukti benar sehingga mahkamah membuat penghakiman yang memihak kepada Amerika Syarikat.

"Tidak ada sebarang sebab untuk menubuhkan RCI semata-mata kerana saman sivil yang belum membuktikan apa-apa lagi.

"Apatah lagi jika bersandarkan dokumen saman sivil terbaru yang difailkan oleh DOJ ke atas Kumpulan Hotel Viceroy, dana yang didakwa diselewengkan secara perundangannya tidak dipunyai atau dikawal selia oleh 1MDB, tetapi adalah dana yang dimiliki atau dikawal selia oleh pihak-pihak yang mempunyai perkaitan dan kepentingan dengan syarikat Aabar dan IPIC milik Abu Dhabi," katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat isu 1MDB.

Tuan Ibrahim dipetik berkata, "Isu ini perlu diselesaikan di dalam negara secepat mungkin supaya tiada pihak yang boleh mengambil kesempatan ke atas isu ini,". #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top