pahangdaily pahangdaily Author
Title: Anwar: Adakah "Shafee" Terbabit Lanjut Khidmat Raus Dan Zulkefli ?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa perdana menteri mengesahkan jika peguam, Tan Sri Muhammad Sha...
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa perdana menteri mengesahkan jika peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terbabit dalam melanjutkan tempoh perkhidmatan Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Bekas ketua pembangkang yang sedang dipenjarakan itu menerusi satu kenyataan hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat Shafee terbabit dalam memberi pandangan perundangan dan asas untuk memutuskan penyambungan perkhidmatan Raus dan Zulkefli.
“Saya telah difahamkan peguam, Tan Sri Shafee Abdullah terlibat di dalam menyediakan pandangan perundangan serta asas untuk memutuskan perkara berkenaan penyambungan perkhidmatan Raus dan Zulkefli.
“Oleh itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu pada kadar segera mengesahkan sama ada perkara ini adalah benar atau tidak. Sekiranya benar, maka perkara tersebut perlu dimaklum kepada umum secara telus.”
Sabtu lalu, Shafee dilaporkan berkata, ada duluan dalam penggunaan Perlembagaan Persekutuan untuk melantik semula hakim.
Beliau merujuk pelantikan semula hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri S Chelvasingam MacIntyre pada 1965 dan hakim bersara, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa untuk menyambung semua perkhidmatannya di Mahkamah Persekutuan selama 2 tahun pada September 2016.
Jumaat lalu, pejabat Najib mengumumkan Raus akan terus memegang jawatan ketua hakim negara selama 3 tahun lagi mulai 4 Ogos ini, manakala Zulkefli terus berkhidmat sebagai presiden Mahkamah Rayuan untuk 2 tahun lagi, mulai 28 September.
Raus dijadualkan bersara pada 3 Ogos ini dan Zulkefli pada 27 September, apabila usia mencecah 66 tahun dan 6 bulan, maksimum umur persaraan untuk hakim.
Putrajaya berkata, pelantikan Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan dibuat berdasarkan cadangan dan nasihat bekas ketua hakim negara, Tun Arifin Zakaria kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac lalu, sebelum beliau bersara.
Anwar berkata, pengumuman lanjutan perkhidmatan Raus dan Zulkefli mendapat reaksi negatif orang ramai yang dikatakan melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Malah, katanya, beberapa bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan Majlis Peguam turut menyifatkan lanjutan perkhidmatan itu bercanggah Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara ini amat kritikal kerana melibatkan hak rakyat untuk menikmati institusi kehakiman yang bebas.”
FMT cuba menghubungi Shafee untuk mengulas dakwaan itu, tetapi gagal.
Sabtu lalu, bekas presiden Majlis Peguam, Zainur Zakaria dilaporkan berkata, mengekalkan Raus dan Zulkefli menghantar mesej kepada hakim lain di Mahkamah Persekutuan yang mereka tidak layak.
Bekas ketua hakim negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad secara terbuka menyifatkan lanjutan perkhidmatan Raus tidak berperlembagaan.
Pandangan sama turut disuarakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim dan Presiden Majlis Peguam, George Varughese. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top