pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mantan "Presiden MCA" Bertegas, Tindakan Mengambil Wang Rakyat Salah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KAJANG: Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik mengulangi pendirian tindakan menyeleweng dan menyalurkan dana awam ke akaun bank peri...
KAJANG: Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik mengulangi pendirian tindakan menyeleweng dan menyalurkan dana awam ke akaun bank peribadi adalah salah.

“Pendirian saya tidak berubah dan saya masih fikir ia salah untuk orang menyalurkan wang (rakyat) ke akaun peribadi mereka,” katanya pada sidang media di kampus Universiti Tunku Abdul Rahman di Sungai Long hari ini.
Bekas menteri pengangkutan itu mendakwa Datuk Seri Najib Razak berbuat demikian pada 2015, menyebabkan beliau disaman Perdana Menteri pada tahun sama.
Najib memfailkan saman terhadap dakwaan Dr ling itu yang beliau “mengambil wang rakyat” berhubung isu sumbangan RM2.6 bilion.
Dr Ling kemudiannya memfailkan saman fitnah terhadap Najib pada 14 Disember 2015.
Mahkamah Tinggi belum membuat keputusan terhadap cubaan Dr Ling untuk membatalkan saman itu.
Dalam perkembangan lain, Dr Ling tidak menolak kemungkinan menyertai himpunan diketuai 4 parti pembangkang yang merupakan kemuncak kepada jelajah 2 bulan di seluruh negara, bagi memastikan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan 1MDB diketahui rakyat.
“Saya akan fikirkannya.”
Kelmarin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Harapan bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Warisan Sabah akan menganjurkan jelajah mengenai 1MDB bermula 6 Julai ini untuk menjelaskan dakwaan terkini membabitkan sayap pelaburan strategik kerajaan itu menerusi saman sivil terbaru DoJ, kepada orang ramai.
Jelajah itu akan diakhiri himpunan aman pada September depan, di mana tarikh dan lokasi akan ditetapkan kemudian.
DoJ melalui tindakan terbaru difailkan di California pada 16 Jun lalu mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset termasuk karya seni, barang kemas dan hak 2 filem yang dibeli dengan dana didakwa diseleweng daripada 1MDB.
DoJ menerusi saman sivil pertama yang difailkan pada Julai 2016 mahu merampas semua aset didakwa dibeli dengan dana 1MDB, termasuk Hotel Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, karya seni serta hasil kutipan daripada filem “The Wolf of Wall Street” yang dibintangi Leonardo DiCaprio.
Keseluruhan nilai aset yang cuba didapatkan DoJ meningkat kepada AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion) dengan tuntutan terbaru itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Boley Jalan said... Saturday, July 01, 2017 1:25:00 AM

Mantan cif MCA ni tak ikut syariat, pas dan cif nya 100% patut syariat....itu lah beza nya perjuangan Pas dr Amanah...kah kah kah.

 
Top