pahangdaily pahangdaily Author
Title: Calon Menteri Besar Tidak Akan Di Umum Sebelum PRU, Di Kelantan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Isu calon Menteri Besar adalah perkara besar dan ramai pihak di Kelantan tidak suka membincangkannya secara terbuka, ka...

PETALING JAYA: Isu calon Menteri Besar adalah perkara besar dan ramai pihak di Kelantan tidak suka membincangkannya secara terbuka, kata Pengerusi Amanah Negeri Datuk Wan Rahim Wan Abdullah. 

Katanya, mereka mengambil pengajaran daripada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, apabila BN menamakan bekas Ahli Parlimen Bachok Datuk Awang Adek Hussin selaku calon Menteri Besar. “Sepanduk dan gambar di seluruh negeri meguar-uarkan beliau sebagai calon. Beliau dan BN kalah dan ia tak jadi kenyataan. 

Akhirnya ia hanya jadi momokan dalam kalangan parti di sini. “Itu kali terakhir usaha oleh parti politik menamakan menteri besar sebelum pilihan raya. Ia mengajar banyak pihak agar tidak terlalu ghairah memperkatakan hal itu,” katanya ketika dihubungi. 

Dalam program DAP di Kota Bharu semalam, pemimpin veteran parti itu Lim Kit Siang mencadangkan Naib Presiden Amanah dan veteran politik Kelantan Datuk Husam Musa dilantik sebagai menteri besar jika Pakatan Harapan menang di sana pada PRU akan datang. 

Beliau berkata, Husam mampu menjadi teladan baik bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh negara, seperti yang dilakukan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mentadbir negeri itu.

Menyifatkannya sebagai pandangan peribadi Kit Siang, Wan Rahim berkata ia tidak akan terlalu mempengaruhi suasana politik dan Pakatan Harapan di Kelantan. 

“DAP rakan kongsi kecil di sini, tidak akan terlalu mempengaruhi. Lagipun perbincangan Pakatan Harapan belum sampai ke peringkat itu,” katanya. Beliau juga menyebut kembali kenyataan Husam ketika masih bersama PAS sebelum ini yang berharap anak bekas Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar menggantikan tempat bapanya selepas PRU ke-14. 

Perkara itu diulang Husam dalam ceramah di Kota Bharu November lalu selepas menyertai Amanah, malah berkata parti itu tidak akan meletakkan calon menentangnya jika Nik Omar bertanding di bawah PAS. 

“Namun kita tidak halang sesiapa untuk beri pandangan. Mungkin Kit Siang teruja dengan suasana politik di Kelantan, justeru memberikan cadangan itu,” kata Wan Rahim. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top