pahangdaily pahangdaily Author
Title: Fuziah Salleh: Moratorium Bauksit Hanya "Halalkan" Perlombongan Haram
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mendakwa moratorium ke atas perlombongan bauksit di sana hanya “menghalalkan” perlo...

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mendakwa moratorium ke atas perlombongan bauksit di sana hanya “menghalalkan” perlombongan haram berterusan. Beliau berkata, kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi baru-baru ini berhubung jumlah stok bauksit yang meningkat membuktikan perkara itu. 

Dalam kenyataan mengumumkan lanjutan moratorium sehingga 31 Disember ini semalam, Junaidi berkata jumlah stok bauksit di Pelabuhan Kuantan untuk dieksport sehingga 8 Jun lalu ialah 5.8 juta tan metrik, meningkat berbanding November 2105 iaitu pada 5.4 juta tan metrik. 

“Berlaku peningkatan stok walaupun moratorium diumumkan, bermaksud ada kegiatan mengorek bauksit secara haram. “Penyambungan moratorium atas alasan membersihkan stok memudahkan lagi kegiatan ini dan membiarkannya berleluasa. Saya khuatir kualiti air sungai dan udara akan kembali tercemar,” kata Fuziah dalam kenyataan.

Justeru beliau menggesa permit mengeksport bauksit turut dibekukan sehingga pihak yang terlibat dalam kegiatan perlombongan haram dapat dikenalpasti dan kegiatan itu dibendung. 

“Kemudian barulah dibersihkan stok bauksit…Jika permit eksport tidak dibekukan, masalah ini akan berterusan. “Malah ia seakan-akan merelakan kegiatan perlombongan haram berterusan di Kuantan,” katanya yang lantang mengkritik kegiatan itu sebelum ini. 

Memetik Bernama 26 Jun lalu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob tidak menyangkal kemungkinan berlakunya perlombongan haram dan pihak berkuasa akan memeriksanya. 

Moratorium terhadap perlombongan bauksit di Kuantan bermula 15 Januari 2016 berikutan pencemaran teruk akibat kegiatan perlombongan dan pengangkutan bauksit. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top