pahangdaily pahangdaily Author
Title: Husam: Kelantan Lulus 1 Juta Ekar Hutan Kepada "Syarikat" Haram ?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Amanah hari ini mempersoalkan keputusan kerajaan negeri Kelantan meluluskan sejuta ekar (404,685 hektar) hutan simpan kek...

PETALING JAYA: Amanah hari ini mempersoalkan keputusan kerajaan negeri Kelantan meluluskan sejuta ekar (404,685 hektar) hutan simpan kekal (HSK) untuk projek dagangan kredit karbon kepada sebuah syarikat yang disenaraikan Bank Negara Malaysia (BNM) beroperasi secara haram. 

Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berkata orang ramai mungkin menjadi mangsa penipuan apabila langkah meluluskan konsesi 30 tahun kepada syarikat berkenaan untuk meningkatkan stok karbon di hutan hujan, turut digunakan untuk mengutip wang daripada orang ramai melalui penjualan token digital. 

Menurut laman web sekutu syarikat itu, konsesi itu akan digunakan “untuk memelihara hutan hujan dan mengurangkan gas tercemar dalam udara untuk mengurangkan jejak karbon”. Di bawah tajuk “keuntungan 30 tahun”, pelabur dipelawa menyertai projek itu yang akan dilaksanakan dalam beberapa fasa. 

“Dengan bantuan pelaburan anda, bukan sahaja anda mendapat pulangan, tetapi juga akan banyak menyumbang kepada pengurangan kredit karbon di peringkat global.” Syarikat itu turut berjanji akan membayar bonus setiap 6 bulan kepada pelabur yang menyimpan melebihi 6 bulan, di mana bonus itu akan dimasukkan secara automatik ke akaun mereka. 

Husam memetik maklumat daripada syarikat itu sebagai berkata, analisa saintifik, penilaian dan laporan oleh saintis bertauliah yang mengambil masa 12 hingga 24 bulan untuk mengenal pasti stok karbon di satu perempat daripada jajahan Kelantan dan termasuk sebahagian kawasan Taman Negara.

“Dakwaan sebelum ini menyatakan 12 hingga 24 bulan diperlukan untuk menyiapkan kajian, tetapi hanya dalam masa 3 bulan, tawaran awam dibuat dengan gambaran pulangan pelaburan adalah hasil daripada perniagaan karbon atas HSK Kelantan,” katanya. 

Sehubungan itu, adun Salor itu ingin tahu jika kerajaan Kelantan mempersetujui skim penipuan itu atau mereka turut menjadi mangsa syarikat yang khusus dalam tenaga boleh diperbaharui dan mapan itu serta sekutunya. 

Susulan pendedahan itu, Husam mempersoalkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS sama ada ia akan membatalkan perjanjian itu dan membuat laporan dengan polis, BNM serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau sekadar mendiamkan diri. 

“Apa yang penting, aset HSK Kelantan tidak tergadai, rakyat tidak mengalami kerugian dan kepentingan negeri dipelihara secara jujur, amanah, profesional dan cekap.” Harakahdaily pada 9 Januari lalu melaporkan Kelantan menjadi peneraju dagangan kredit karbon di Malaysia dalam usaha mengurangkan pengeluaran karbon daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal. 

Kerajaan negeri itu memeterai memorandum perjanjian dengan sebuah syarikat tempatan untuk meningkatkan stok karbon di hutan hujan yang menyumbang kepada pembangunan mapan. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang dipetik lidah rasmi PAS itu berkata, tidak akan ada sebarang aktiviti pembalakan atau perlombongan di kawasan terbabit dalam tempoh 30 tahun.  #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top