pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu Air Pahang Membimbangkan, Kawasan PM Pun Kena Tempias !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Isu air yang melanda seluruh negeri Pahang mutakhir ini dilihat semakin merunsingkan. Dua laporan media Sinar Harian pada 1 ...

KUANTAN: Isu air yang melanda seluruh negeri Pahang mutakhir ini dilihat semakin merunsingkan. Dua laporan media Sinar Harian pada 1 dan 3 Julai 2o17  tentang isu air yang melanda penduduk Jerantut dan Bentong jelas sekali menggambarkan isu air kini kian kritikal.

Walau pun cuba dinafikan dengan berbagai jawapan dan alasan, ternyata selepas Jabatan Bekalan Air (JBA) di swastakan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), masalah air yang berlaku tidak berubah, bahkan semakin membimbangkan.

Inilah hakikat yang terjadi sebenarnya. Biar pun di kaca TV isu air banyak difokuskan kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang terutamanya Selangor, namun hakikatnya di negeri Pahang senarionya lebih teruk dari apa yang disangka.

Terbaru, di kawasan Perdana Menteri iaitu Parlimen Pekan sendiri, isu air terus melanda dan menghantui para penduduk beberapa buah kawasan Felda Chini. Banyak aduan di buat, namun isu tidak juga selesai.

Lebih memburukkan keadaan, ia bertambah kritikal tatkala menjelang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini. Lebih mengejutkan ada yang mendakwa bekalan air terputus sejak 1 Syawal hingga sekarang, masing belum dapat diselesaikan.

Isu juga telah tular di laman sosial Facebook. Terkini, salah seorang penduduk yang kecewa mendakwa bekalan air telah terputus sejak 10 hari lalu. Bila aduan dibuat, pengguna diperlekehkan oleh pihak bertanggungjawab. 


Malah disesetengah tempat ada pegawai yang berkenaan mmencabar penduduk membuat aduan kepada pihak TV3, jika tidak berpuas hati dengan isu air yang melanda kawasan mereka.

Justeru, sebagai pengajaran digesa semua pihak usah menuding jari kepada mana-mana pihak dalam menangani isu air. Jangan hanya memburukkan negeri yang ditadbir oleh pembangkang semata-mata, jika negeri yang diperintah oleh kerajaan sedia ada pun masih gagal menangani masalah air ini sebenarnya. 

Lebih parah lagi bila mana kawasan PM sendiri turut terkena tempias masalah air ini sebenarnya. Satu langkah jangka pendek perlu diambil segera menjelang pilihanraya umum ke -14 tidak lama lagi. Jika tidak, pasti banyak undi protes akan berlaku akibat para penduduk yang sudah tidak tahan lagi dengan fenomena ini.

Sila rujuk artikel berkenaan masalah air di Bentong dan Jeratut di bawah;


Jerantut: Tekanan air terlalu rendah



JERANTUT - Penduduk Kampung Belukar, di sini buntu memikirkan masalah air yang berlarutan sejak empat tahun lalu.

Penduduk, Abdul Ghani Awang, 77, berkata, masalah air sering dihadapi penduduk terutama mereka yang tinggal di kawasan tinggi.

“Ada yang beritahu punca masalah air ini disebabkan tekanan air rendah tetapi ada juga yang beritahu ia berpunca dari masalah paip yang kerap pecah.

“Jika berlaku masalah berkenaan, penduduk di kawasan tinggi lebih parah...akan tiada air sampai dua atau tiga hari,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Arifin Hamzah, 63, berkata, sekitar 12 rumah yang berada di kawasan lebih tinggi akan terjejas dengan masalah itu.

“Biasanya kalau tekanan air rendah, rumah kawasan rendah sudah ada air, tapi rumah kawasan tinggi macam rumah saya, dua atau tiga hari baru ada air.

“Walaupun sekarang sudah ada air, tapi air terlalu kecil kerana tekanan air rendah dan ia menyukarkan kami sekeluarga untuk melakukan urusan seharian,” katanya.

Katanya, jika ketiadaan air, mereka terpaksa mengangkut air dari tangki yang disediakan pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) selain mengambilnya di telaga dan surau berhampiran.

“Kami tak tahu punca sebenar masalah air ini namun jika ia berpunca dari masalah tekanan air rendah, harap dapat disediakan satu tangki khas untuk kami penduduk yang berada di kawasan lebih tinggi.

“Jika ia berpunca dari kekerapan masalah paip bocor, ia mungkin kerana paip sedia ada sudah terlalu lama dan diharap dapat diganti dengan paip baru,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Damak, Fadzlly Ismail pula berkata, masalah itu telah mendapat perhatian pihak atasan justeru berharap agar tindakan susulan dapat diambil segera.

“Bagaimanapun saya mewakili penduduk merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak Paip kerana sentiasa membekalkan air kepada penduduk terutama ketika ketiadaan air.

“Saya difahamkan sebanyak tiga tangki ditempatkan di beberapa kawasan dalam kampung ini untuk kegunaan penduduk yang terjejas,” katanya. #sumber

Bentong: Terpaksa beraya tanpa air



BENTONG - Sambutan Aidilfitri lebih 800 penduduk di Felda Sungai Kemahal, terjejas berikutan masalah bekalan air.

Penduduk mendakwa, mereka tidak diberikan notis oleh Pengurusan Air Pahang Berhadp (Paip) berhubung gangguan bekalan air di kawasan itu.

Seorang penduduk, Mohamed Shaipudin Baba, 50, berkata, masalah itu berlarutan selama enam hari.

“Ketiadaan air berlaku setiap tahun setiap kali menjelang raya, tapi tahun ini saya bersyukur sebab siang sahaja tak ada air, malam air ada tapi air tak kuat. Kalau tak kami nak mandi pun tak boleh.

“Susah kalau tiada air, lagi-lagi bila musim raya ini, memang guna banyak air untuk keperluan harian.

“Bukan tak nak mengadu dengan pihak Paip namun kalau mengadu jawapan yang diberikan setiap tahun tetap sama iaitu penggunaan air telah terlebih,” katanya kepada pemberita ketika di sini, semalam.

Sementara itu, Jambrus Jamaluddin, 49, berkata, kegagalan pihak berkaitan membekalkan air kepada penduduk di situ menyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain bagi mengatasi masalah itu.

Menurutnya, penduduk terpaksa mencuci pakaian di kedai dobi manakala air minuman dibeli di bandar Bentong yang jauh dari kawasan Felda dan adakala ia tidak mencukupi.

“Kami terpaksa keluar duit beli air minuman tambahan di pasar raya terdekat sebab ramai saudara datang ke rumah.

“Saya harap masalah ini tidak berlarutan terlalu lama, kami terasa amat terbeban,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top