pahangdaily pahangdaily Author
Title: Keluarga Saleem Meminta Jangan Sebar Gambar Beliau Di Hospital !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Keluarga penyanyi kumpulan Iklim, A. M. Salim Abdul Majeed atau lebih dikenali dengan nama Saleem meminta orang ramai, te...

KUALA LUMPUR: Keluarga penyanyi kumpulan Iklim, A. M. Salim Abdul Majeed atau lebih dikenali dengan nama Saleem meminta orang ramai, termasuk rakan artis dan media, tidak menyebarkan gambar penyanyi itu yang sedang menerima rawatan di hospital akibat demam panas.

 Anak tiri Saleem, yang hanya mahu dikenali sebagai Iera Fakira berkata penularan gambar bapa tirinya itu di media sosial telah menyebabkan keluarga merasa sedih. 

“Memang betul ayah saya dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat demam panas yang berterusan tetapi saya minta tolong jangan sebarkan gambar ayah saya dalam keadaan yang sebegitu. Saya mohon doakan yang terbaik untuk kesihatan ayah saya,” katanya kepada Bernama semalam. 

Beliau berkata ibunya Juriah Bachok amat sedih dengan gambar keadaan ayahnya disebar di alam maya. Iera berkata keadaan ayah tirinya itu kini lemah akibat demam panas yang berterusan sejak 23 Jun lalu.

 “Demam ayah berterusan sejak 2 hari sebelum raya dan kami telah bawa ayah untuk mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital sebelum ini, hanya semalam ayah dimasukkan di HUKM. “Keadaan ayah stabil cuma lemah dan kena sentiasa dipantau. 

Kami sekeluarga buat keputusan untuk tidak dedahkan dulu mengenai penyakit ayah buat masa ini kerana terdapat beberapa teori daripada doktor,” katanya. Beliau berkata keluarga kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan penyanyi yang popular dengan lagu “Suci Dalam Debu” itu yang dijangka akan diperoleh hujung minggu ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top