pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kesan Minyak Di Percayai Menjadi Punca 'Kemalangan' Di Lebuhraya Karak !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Orang ramai yang melalui Lebuhraya KL-Karak diminta lebih berhati-hati, terutamanya ketika melalui KM75 dilaluan tersebut. Ini ...

KUANTAN: Orang ramai yang melalui Lebuhraya KL-Karak diminta lebih berhati-hati, terutamanya ketika melalui KM75 dilaluan tersebut. Ini kerana terdapat saksi mendakwa wujudnya kesan minyak dan terjumpa bekas minyak yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk dicurah atas jalan bagi tujuan mewujudkan kemalangan. 

Perkara ini telah menjadi tular di media sosial Kuantan sejak petang tadi. 

Menerusi posting di group facebook Komuniti Kuantan, mendakwa bekas minyak terbabit dijumpai di tepi jalan lebuhraya terbabit.

"Geng minyak hiway karak KM 75, berhati2 hiway karak"
"0821H : AWAS! KM 75.7 Timur (Karak) Hati2 memandu di area Sg Dua Karak dan Lipur Lentang pagi ni. Member baru lalu tadi melaporkan 5 kenderaan terbabas selepas Sg Dua dan sebuah kereta di kawasan Lipur Lentang.

Terdapat kesan minyak yg di simbah atas jalan di kedua dua tempat menghala ke kl. Ada kecederaan teruk di area Lentang. Harap maklum.

Ada sumber lain bg tau 9 biji kenderaan terlibat"

Sebelum ini, sudah banyak kali isu ini didedahkan. Namun, apabila berlaku kemalangan pihak berkuasa tetap menyalahkan pemandu kenderaan. Sedangkan mereka mendakwa ada banyak bukti kerja-kerja terkutuk itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Kesan tumpahan dicurah habuk kayu oleh pihak lebuhraya

Kemalangan berlaku di beberapa tempat terutamanya di kawasan selekoh berbahaya. Kami sendiri pernah terjebak dengan kejadian ini, mujurlah tiada kejadian tidak diingini berlaku kerana kami berjaya mengawal kenderaan daripada terbabas.



Justeru, pihak berkuasa diminta menyiasat dakwaan ini dan mengambil tindakan tegas. Mereka yang cuba mewujudkan kemalangan untuk mengaut keuntungan perlu dibawa ke muka keadilan. Ini kerana mereka sanggup melihat orang awam cedera, bahkan ada yang meninggal dunia semata-mata mahu dapatkan "kes". 


Bekas minyak yang dijumpai selepas kemalangan terbabit

Pihak berkuasa tidak perlu melindungi mereka yang terbabit. Banyak aduan daripada mangsa yang terlibat mengatakan mereka pula dipersalahkan apabila melaporkan kegiatan terkutuk ini. Alasan lain, mengatakan minyak tersebut datangkan daripada lori tangki minyak yang bocor. 

Namun alasan ini tidak masuk dek akal, kerana mana mungkin kekerapan lori tangki minyak bocor boleh berlaku di lebuhraya. Jika ia bocor, sudah pasti kenderaan terbabit akan digantikan dengan lori yang baru oleh syarikat masing-masing.



Apa pun, orang ramai diminta berhati-hati melalui laluan dari KM70 hingga KM75 di Lebuhraya KL-Karak, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku. Biasanya aktiviti mencurah minyak dilakukan sebelah malam dan ketika hujan renyai-renyai. 

Apa yang pelik, bila berlaku kemalangan dengan "sepantas kilat" kenderaan towing swasta tiba untuk membantu. Keselamatan perlulah diutamakan. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top