pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ketua Polis Negara Enggan Dedah, Butiran 'Hasil Siasatan' Isu 1MDB !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara enggan mendedahkan alasan Jabatan Peguam Negara mengembalikan laporan siasatan polis ke atas 1MDB. Ber...

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara enggan mendedahkan alasan Jabatan Peguam Negara mengembalikan laporan siasatan polis ke atas 1MDB. Bercakap pada sidang media di Bukit Aman hari ini, Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya berkata, kes itu masih dalam siasatan. 

“Jadi, saya tidak akan mendedahkan (maklumat itu),” katanya menjawab soalan apa yang hendak disiasat lebih lanjut oleh Jabatan Peguam Negara. Apabila didesak wartawan, Khalid berkata, beliau akan mengulas perkara itu sebaik sahaja siasatan selesai. 

Beliau bagaimanapun tidak memberikan tempoh tertentu dan berkata ia akan berlaku “sebaik sahaja kami selesai”. Pada 25 Jun lalu, Khalia dilaporkan berkata, Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis menyiasat lebih lanjut isu 1MDB.

Seminggu sebelum ini, beliau berkata, Jabatan Peguam Negara belum memberi respons terhadap kertas siasatan yang diserahkan pihaknya. Polis mengesahkan penubuhan sebuah pasukan penyiasatan pada April 2016 bagi meneliti laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1MDB. 

1MDB mempertahankan kenyataan tiada dananya diseleweng, bertentangan dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ). DoJ melalui tindakan terbaru difailkan di California pada 16 Jun lalu mahu menyita aset berjumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion) termasuk karya seni, barang kemas dan hak 2 filem yang dibeli dengan dana didakwa diseleweng daripada 1MDB. 

DoJ menerusi saman sivil pertama yang difailkan pada Julai 2016 mahu merampas semua aset didakwa dibeli dengan dana 1MDB, termasuk Hotel Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, karya seni serta hasil kutipan daripada filem “The Wolf of Wall Street” yang dibintangi Leonardo DiCaprio. Keseluruhan nilai aset yang cuba didapatkan DoJ meningkat kepada AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion) dengan tuntutan terbaru itu. 

Pada 27 Jun lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyifatkan tindakan DoJ bersifat politik kerana ia tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut terhadap tuntutan yang dikemukakan mereka. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top