pahangdaily pahangdaily Author
Title: Khaled Nordin: 'Kehilangan' Radar Ketenteraan Boleh Jejas Reputasi !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung ke...

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung kes kehilangan peralatan radar ketenteraan bernilai jutaan ringgit di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). 

Khaled berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius bagi memastikan sama ada kejadian terbabit merupakan jenayah terancang, kecuaian atau sebagainya. Kejadian sebegini boleh menjejaskan reputasi pelabuhan di negeri ini iaitu 3 pelabuhan yang kini dalam usaha untuk dijadikan pusat logistik serantau. 

“PTP merupakan pelabuhan ke-6 terbesar dari segi kargo berbanding tempat lain. Jadi, apa yang berlaku tidak boleh diambil mudah tetapi perlu perhatian serius. Soal-soal sebegini, kalau disebabkan oleh kekurangan, kelemahan dan sebagainya, ia tidak baik kepada kita,” katanya.

Khaled berkata demikian sebagai mengulas kehilangan peralatan radar ketenteraan bernilai jutaan ringgit di PTP baru-baru ini seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris hari ini. 

Laporan akhbar itu yang memetik sumber berkata barangan yang diletakkan di dalam sebuah kontena tiba dari Australia pada bulan lepas dan sepatutnya dihantar ke Belanda melalui negeri ini, namun ia tidak mempunyai permit yang diperlukan menyebabkan ia ditahan. 

Menurut laporan akhbar itu lagi semua peralatan ketenteraan yang dibawa masuk dan keluar dari mana-mana pelabuhan di negara ini memerlukan permit khas daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. 

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan barangan berteknologi tinggi itu sudah dibawa keluar secara rahsia dari negara ini menggunakan kapal lain untuk dihantar ke Belanda bagi mengelakkan sebarang masalah. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top