pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lim Kit Siang Tepis Hujjah Shafee Mengenai Lanjut Tempoh Hakim !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang menepis hujah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempertahankan pelanjutan tempoh jaw...
PETALING JAYA: Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang menepis hujah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempertahankan pelanjutan tempoh jawatan Tan Sri Raus Sharif sebagai ketua hakim dan pelantikannya sebagai hakim tambahan, menggelarnya satu-satunya peguam yang berbeza pandangan.

Mendakwa pelanjutan itu tidak berperlembagaan, Lim juga menyeru Raus dan presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang tempoh jawatannya juga dilanjutkan, menolak pelanjutan itu.
Lim menyifatkan hujah Shafee mengatakan tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang hakim tambahan meneruskan jawatan mereka sebagai “mengejutkan”.
“Menggunakan hujah yang sama, tiada dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang serangan terhadap prinsip asas kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang dan doktrin pemisahan kuasa,” kata ketua ahli Parlimen DAP itu.
“Adakah Shafee mahu ke depan mempertahankan serangan ke atas prinsip kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang serta doktrin pemisahan kuasa?” kata Lim dalam kenyataan hari ini.
Shafee semalam berkata ada duluan dalam penggunaan Perlembagaan Persekutuan untuk melantik semula hakim.
Beliau merujuk kepada pelantikan semula hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri S Chelvasingam MacIntyre pada 1965 dan hakim bersara Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa untuk menyambung khidmat di Mahkamah Persekutuan untuk 2 tahun lagi pada September tahun lepas.
Menurut pengumuman Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat, Raus akan terus memegang jawatannya untuk 3 tahun lagi mulai 4 Ogos manakala Zulkefli akan dilanjutkan untuk 2 tahun lagi mulai 28 September.
Ia menambah di bawah Perkara 122B(1) Perlembagaan, pelantikan itu dibuat oleh Yan di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
Kenyataan itu juga berkata pelantikan Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan selepas mereka mencecah usia 66 tahun itu berdasarkan cadangan dan nasihat ketua hakim negara ketika itu, Tun Arifin Zakaria kepada Agong pada 30 Mac sebelum bersara.
“Cadangan dan nasihat berkenaan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal 1A Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Kenyataan itu berkata keputusan dan prosedur itu sejajar peruntukan Perlembagaan.
Lim mendakwa penggunaan Perkara 122(1A) merupakan “jalan belakang untuk pelanjutan tidak berperlembagaan itu”.
Beliau berkata bekas ketua hakim negara Datuk Abdul Hamid Mohamad secara terbuka menasihatkan pelanjuran tempoh Raus tidak berperlembagaan.
Beliau juga merujuk kepada pandangan serupa dari bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim dan presiden Badan Peguam George Varughese. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top