[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Lokman: Projek Forest City Johor Berjaya Halang Rakyat Asing Beli Tanah


PETALING JAYA: Kementerian Kewangan berkata projek Forest City di Johor merupakan strategi “di luar kotak” oleh Kerajaan Negeri Johor untuk mengekang pembelian tanah oleh rakyat asing.
Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam berkata di bawah pelan tersebut, kerajaan negeri memastikan hanya rumah mahal dijual kepada warga asing.
“Daripada terus membiarkan tanah-tanah di Johor jatuh ke tangan asing, strategi kerajaan Johor mewujudkan pulau buatan manusia di tengah laut untuk dibina Forest City merupakan pendekatan di luar kotak,” kata Lokman dalam kenyataannya.
Beliau berkata hasil daripada keuntungan jualan hartanah itu akan digunakan untuk membina rumah mampu milik.
“Rumah yang dijual berbentuk kondo mewah yang hanya memiliki status hak milik strata dan harganya sangat mahal. Setiap rumah yang dijual sebahagian besar menjadi hasil Kerajaan Negeri,” kata Lokman.
Malah Lokman mendakwa “tanah rezab Melayu di Johor semakin bertambah saban tahun” di bawah dasar pemerintahan negeri sekarang, sambil menyindir pentadbiran bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini Presiden PPBM. 
“Rata-rata orang Johor tahu bahawa tanah Johor banyak tergadai kepada rakyat asing masa presiden PPBM menjadi MB Johor,” kata Lokman. Seluas 13,86 hektar, Forest City dibina di atas 4 pulau buatan dalam wilayah Iskandar Malaysia. 
Menelan belanja RM100 bilion, ia dijangka siap dalam masa 20 tahun. Ia kerap dikritik oleh bekas Perdana Menteri dan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menganggap projek tersebut umpama menyerahkan kedaulatan negara dan menyebabkan warga asing memiliki sejumlah besar hartanah di negeri itu. 

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]