pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nurul Izzah Desak Najib Dan Hadi Bantah Serangan Ke Atas Dr.Yusuf Qaradawi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menyelar tindakan beberapa negara Arab melontarkan tuduhan keganasan ke at...

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menyelar tindakan beberapa negara Arab melontarkan tuduhan keganasan ke atas ulama terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi, dan berkata kerajaan Malaysia yang pernah menganugerahkan pingat kepada tokoh itu perlu tampil mempertahankannya. 

“Sikap kebertanggungjawaban ini wajar dipamerkan oleh Perdana Menteri (di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Institusi Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), mahupun PAS, bukannya masih berdiam diri dan tanpa mengambil langkah sewajarnya untuk mempertahankan ulama agung tersebut,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu. 

Anak Qaradawi, Ola al-Qaradawi bersama suaminya, Hossam Khalaf masih ditahan pihak berkuasa Mesir di bawah regim Presiden Abdel Fattah el-Sisi, atas tuduhan terlibat dengan pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan di negara itu. 

Qaradawi, yang menjadi rujukan penting ilmu fekah semasa, pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada 2009. Beliau sebelum ini menjadi sasaran beberapa negara Teluk termasuk Arab Saudi, Bahrain, UAE dan Mesir, yang menuduhnya ada kaitan dengan keganasan.

Empat negara itu baru-baru ini menggunakan tuduhan sama untuk memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Qatar, atas alasan negara itu bersimpati dengan kumpulan Ikhwan dan mesra dengan Iran. 

Nurul Izzah berkata Presiden PAS yang juga Naib Presiden Majlis Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai tanggungjawab penting mempertahankan Qaradawi.

 “Lebih utama lagi, jawatan yang beliau sandang itu menjadikan satu tanggungjawab besar bagi beliau membersihkan nama baik Qaradawi bersama nama-nama besar lain yang dituduh sebagai ‘pengganas’,” katanya. 

“Kerajaan Malaysia selaku pendokong isu masyarakat Islam global perlu tampil ke hadapan demi membantu kemaslahatan dan keselamatan sejagat, melalui saluran yang pelbagai.”. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top