pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pakatan Akan Mansuh Akta Cukai Pelancongan, Jika Menang PRU-14 !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: PKR menolak pelaksanaan cukai pelancongan dan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan Akta Cukai P...

PETALING JAYA: PKR menolak pelaksanaan cukai pelancongan dan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan Akta Cukai Pelancongan dimansuhkan, jika Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). 

Ketua pembangkang itu berkata, pada mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang, beliau akan mengemukakan cadangan itu, termasuk mengkaji langkah membantu mengukuhkan industri pelancongan negara. 

“Ia termasuk menggubal akta baharu yang adil kepada industri pelancongan dan orang ramai, tetapi saksama dan telus di dalam pengagihan dana yang dikutip kepada negeri-negeri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. 

Pada 27 Jun lalu, Datuk Seri Nazri Aziz dipetik Sin Chew Daily sebagai berkata, cukai pelancongan yang dijadual dikuatkuasakan mulai hari ini ditangguhkan sehingga 1 Ogos kerana sistem itu belum siap sepenuhnya. 

Katanya, semua pelancong asing akan dikenakan cukai pelancongan, tetapi warganegara Malaysia yang tinggal di hotel 3 bintang dan ke bawah tidak perlu membayar cukai pelancongan. 

Beliau berkata, cukai pelancongan terbahagi kepada 4 kategori iaitu RM20 untuk penginapan semalam di hotel 5 bintang, RM10 hotel 4 bintang, RM5 hotel 3 bintang serta RM2.50 bagi hotel 2 bintang dan ke bawah. 

Dr Wan Azizah berkata, insiden yang berlaku sekitar pengumuman pelaksanaan Akta Cukai Pelancongan 2017 sepatutnya menjadi pengajaran buat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta kerajaan pusat. 

Beliau merujuk bantahan kerajaan Sarawak dan Sabah terhadap pelaksanaan cukai pelancongan, tindakan Kuching menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia pada 12 Jun lalu serta penangguhan cukai baharu itu. 

“Akta Cukai Pelancongan 2017 yang diluluskan Parlimen dengan begitu tergesa-gesa pada jam 4.57 pagi, 6 April 2017 selepas perbahasan hampir 3 jam 30 minit sekali lagi membuktikan Putrajaya gagal merangka dasar yang prihatin terhadap realiti ekonomi rakyat terbanyak masa kini.

Seharusnya sesuatu rang undang-undang itu diberikan masa secukupnya untuk dibincang semua pihak berkepentingan serta melalui proses Jawatankuasa Parlimen yang khusus, bukannya dibahas dengan begitu tergesa-gesa seperti yang berlaku pada awal pagi 6 April lalu. 

“Kegagalan Putrajaya juga kelihatan akibat tindakan kerajaan negeri Sarawak menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia, yang merupakan satu petanda politik buruk buat Barisan Nasional.” Pada sidang Parlimen April lalu, Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017 yang dibentangkan Nazri diluluskan dengan undian majoriti. 

Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Nazri dilaporkan berkata, cukai pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan RM654.62 juta, sekiranya kadar penginapan semalaman bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60%. 

Pada 11 Jun lalu, Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dipetik Borneo Post sebagai berkata, cukai baharu itu merupakan contoh ketara Putrajaya mengenakan undang-undang cukai di Sarawak tanpa rundingan. 

Kenyataan itu mengundang kemarahan Nazri yang berkata, Sarawak tidak mempunyai banyak hotel, oleh itu hasil cukai itu boleh menguntungkan negeri berkenaan serta menyifatkan Karim sebagai menteri “setahun jagung”. 

Pemimpin politik dari Sabah dan Sarawak bagaimanapun menyokong Karim dalam pertikaian tersebut. Keesokannya, kerajaan negeri Sarawak menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia, selepas Nazri membidas Karim. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top