pahangdaily pahangdaily Author
Title: Elaun kepada Guru Pelatih Akan "Di Mansuhkan" Mulai Jun 2018 !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Pelajar yang menyertai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi ambilan Jun 20...
PUTRAJAYA: Pelajar yang menyertai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi ambilan Jun 2017, akan terus menerima elaun sara hidup RM430 sebulan dan belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 sekali setahun.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, bagi pelajar IPG sedia ada, mereka akan terus menerima elaun seperti diselaraskan mulai 1 Januari lalu, iaitu pada kadar RM430 sebulan di samping belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali dalam setahun sehingga tamat pengajian.
Bagaimanapun, tiada elaun diberikan mulai ambilan Jun 2018 bagi pelajar baharu yang menyambung pengajian ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan tempoh pengajiannya selama 4 tahun.
“Namun begitu, yuran pengajian berjumlah RM27,831 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama 4 tahun,” katanya.
Tambahnya, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) berbincang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan IPGM antara agensi penerima PTPTN.
Ini bagi membolehkan pelajar IPG yang menyambung pengajian ke peringkat PISMP mulai Jun 2018 menerima kemudahan pinjaman wang sara hidup, katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top