pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rafizi Ramal PM Najib Tidak Kekal Lama Walaupun PH Tewas PRU14
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yakin walaupun Pakatan Harapan tidak menang pilihan raya akan datang, Perdana Menteri Da...
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yakin walaupun Pakatan Harapan tidak menang pilihan raya akan datang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan digulingkan ahli parti sendiri.
Beliau berkata demikian berdasarkan kepada tinjauan Invoke mengenai kemungkinan hasil pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang. Invoke sebuah badan inisiatif penyelidikan dasar Pakatan Harapan.
Pada April Rafizi mendedahkan dapatan tinajuan Invole melibatkan 10,000 pengundi. Tinjauan diambil dari pengundi berdaftar di kawasan pengundian majoriti Melayu yang dipilih komputer secara rawak dari 6 Februari hingga 6 April tahun ini.
Tinjauan mendapati BN akan memperoleh kelebihan daripada pertandingan 3 penjuru di kawasan majoriti Melayu, dan PAS akan menerima undi lebih rendah daripada Amanah.
Melalui siaran langsung di Facebook hari ini, Rafizi berkata tunjauan dijalankan setiap hari sejak Disember 2016.
Setakat ini, dapatan menunjukkan PH akan menang 97 kerusi sementara BN akan menang 125 kerusi dalam pertandingan 3 penjuru sekiranya pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi.
“Sekiranya ini benar-benar berlaku, percayalah akan ada cubaan untuk menyingkir Najib dari dalam Umno,” katanya.
“Saya tak percaya Najib boleh bertahan dengan sekadar majoriti 13 kerusi. Ada kemungkinan parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak akan meninggalkan BN dan menyertai PH. Wakil rakyat BN akan melompat dari kapal karam Najib.”
Beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku perebutan kuasa yang akan melibatkan naib-naib presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
“Yang jelas ialah jika Umno hanya mampu menang majoriti 13 kerusi dalam pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang, Najib tidak akan jadi perdana menteri.”
Rafizi berkata jika PH mahu menang pada pilihan raya umum akan datang, pakatan itu perlu tumpu pada 50 kerusi majoriti rendah di Malaysia Barat, kerusi yang dimenangi BN dengan hanya majoriti kurang dari 10%.
Untuk itu PH perlu tumpu perhatian menawan hati pengundi atas pagar, katanya.
“Walaupun pengundi atas pagar sedar tuduhan melibatkan 1Malaysia Development Berhad, mereka lebih pedulikan isu yang menjejaskan kehidupan mereka secara langsung, termasuk kos sara hidup dan gaji yang tidak naik seiring dengannya, dan kebimbangan terhadap pekerja asing yang mengambil pekerjaan rakyat tempatan.”
PH akan meneruskan kempennya di beberapa kerusi BN majoriti rendah di utara Malaysia Barat minggu depan.
Menurut Rafizi, kempen itu akan bermula pada Sabtu di Perak, bermula di Tanjung Malim dan kemudian ke Padang Rengas dan Tambun. Pada Ahad, kempen di Kedah akan dimulai di Sungai Petani, dan seterusnya ke Balik Pulau dan Seberang Perai di Pulau Pinang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top