pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rahman Sedih Dr Mahathir Hilang Kredibiliti, Sering Ubah Pendapat !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sedih melihat rakyat semakin hilang kepe...
PUTRAJAYA: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sedih melihat rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kenyataannya sering berubah dan bercanggah prinsip diperjuangkannya.
“Saya berasa sedih apabila melihat kredibiliti Dr Mahathir semakin hilang. Kita mahu meletakkan beliau sebagai negarawan, tetapi ucapan dan kenyataan dibuatnya sentiasa bercanggah,” katanya dipetik Bernama pada majlis Ramah Mesra Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri di Menara Usahawan, hari ini.
Rahman mengulas tindakan Dr Mahathir kembali memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu.
Pengerusi PPBM itu dipetik akhbar Britain, The Guardian sebagai berkata, Anwar perlu dibebaskan dari penjara dan dibenarkan bertanding pada pilihan raya umum.
Beliau menyifatkan Anwar sebagai “mangsa dendam politik” dan “diperlakukan secara tidak adil”.
Rahman ketika mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-92 kepada Dr Mahathir berharap bekas perdana menteri itu kembali ke pangkal jalan dalam dunia politik.
Dalam perkembangan lain, ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, tindakan DAP berdolak-dalik mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) bagi penggal 2013-2016 bertujuan meraih kepentingan politik.
Rahman berkata, seperti dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan niat kerajaan untuk membatalkan pendaftaran DAP, tetapi apa yang perlu DAP lakukan hanyalah dengan mengadakan pemilihan semula CEC.
“Bila buat balik (CEC), selesai masalah,” katanya.
“RoS adalah sebuah jabatan yang perlu kita hormati. Umno dulu pun kena haram. Kita akur. Pertanyaan saya, kenapa DAP perlu mempolitikkan semua isu? Takkan mereka di atas undang-undang?”
Jumaat lalu, Ketua Pengarah JPPM, Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata, pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 tidak sah dari segi undang-undang.
Pemilihan semula yang diadakan itu sepatutnya berdasarkan senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, iaitu membabitkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.
Keesokannya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan mereka tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC, tetapi mahu menemui JPPM.
Lim tidak menolak tindakan JPPM bermotifkan politik serta mahu mensabotaj DAP dalam membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top