pahangdaily pahangdaily Author
Title: Suspek Kes Tembak Jatuh Pesawat MH17 Akan 'Di Bicara' Di Belanda !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
AMSTERDAM: Suspek yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine pada 2014 akan dihadapkan ke mahkamah di Belanda, ...

AMSTERDAM: Suspek yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine pada 2014 akan dihadapkan ke mahkamah di Belanda, kata Kementerian Luar negara itu hari ini. 

Keputusan itu berikutan cubaan menubuhkan mahkamah antarabangsa bagi menyiasat tragedi meragut 298 mangsa dari 17 negara, termasuk 196 rakyat Belanda. Rusia menyekat draf resolusi penubuhan mahkamah itu pada 2015. 

Lembaga Keselamatan Belanda yang menyiasat insiden itu pada Oktober 2015 menyimpulkan pesawat itu ditembak jatuh roket buatan Rusia. Penyiasat pada September lalu berkata, roket itu dilancarkan puak pemisah pro-Rusia dari wilayah penguasaan mereka. 

Menteri Luar Belanda, Bert Koenders dalam kenyataan hari ini berkata, pasukan penyiasatan diketuai Belanda dan disertai Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine akan meneruskan operasi semasa “fasa pendakwaan”. 

Suspek dalam nahas itu belum dinamakan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top