pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tuan Ibrahim Mahu Semua Pihak Desak "Tubuh RCI" Siasat 1MDB !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu semua pihak melobi agar suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubu...

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu semua pihak melobi agar suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu 1MDB kerana rakyat sudah hilang keyakinan terhadap sistem penguatkuasaan negara. 

Katanya, PAS mendesak agar RCI yang bebas dan adil yang turut disertai pihak pembangkang diwujudkan bagi menyiasat dan membentang kertas putih berhubung isu 1MDB. “Isu ini perlu diselesai di dalam negara secepat mungkin supaya tiada pihak yang boleh mengambil kesempatan ke atas isu ini. Diharap semua pihak dapat melobi agar RCI diadakan secepat mungkin untuk 1MDB.”

Katanya, walaupun PAS mempunyai pengalaman pahit berhubung kertas putih dalam isu Memali, di mana kertas putih itu pun telah menjadi kelabu asap, tapi itu sahaja pilihan yang ada sementara semua parti politik menanti keputusan rakyat di pilihan raya umum ke-14.

“Yakni, rakyat memerlukan sebuah kerajaan baru yang berpaksi kepada keadilan berpandukan wahyu Allah, iaitu al-Quran dan Hadis bagi membina masa depan negara yang cemerlang,” kata beliau menerusi kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Dua minggu lalu, sehari selepas kerajaan mengumumkan penubuhan RCI untuk menyiasat skandal kewangan era 1980-an, pembangkang hari ini mendesak suruhanjaya sama ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berhubung dana dilarikan daripada 1MDB.

“Keputusan kabinet menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia adalah langkah yang amat dialu-alukan,” kata Ketua Pembangkang, 

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kabinet mengumumkan penubuhan RCI bagi menyiasat kerugian bank pusat sekitar tahun 1980-an dan 1990-an, iaitu ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. “Maka di atas prinsip yang sama, saya menuntut penubuhan RCI bagi menyiasat dakwaan DoJ mengenai skandal 1MDB,” kata Presiden PKR itu. 

Dr Wan Azizah juga mengumumkan mesyuarat melibatkan semua pemimpin pembangkang pada 28 Jun ini bagi membincangkan pendedahan DoJ melibatkan 1MDB. DoJ dalam saman terkini difailkan di California minggu lalu mendakwa pelbagai aset mewah dibeli menggunakan sejumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dicuri daripada 1MDB. 

Dr Wan Azizah tidak menolak kemungkinan tindakan Kabinet menubuhkan RCI menyiasat skandal kewangan BNM itu untuk mengalihkan tumpuan terhadap DoJ mengenai 1MDB. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top