pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun Dr Mahathir Nafi, Kesal Tidak Jadikan Anwar Ibrahim Pengganti
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan laporan antarabangsa yang memetik beliau mengakui tersilap kerana tidak membenarkan bek...

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan laporan antarabangsa yang memetik beliau mengakui tersilap kerana tidak membenarkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan beliau. “Saya tak pernah kata begitu. Ramai orang petik saya atau bercakap mengenai saya, tetapi tidak benar,” kata bekas Perdana Menteri itu kepada pemberita hari ini. 

Akhbar Britain dalam artikel yang diterbitkan semalam berkata Dr Mahathir dalam wawancara menerima beliau sudah melakukan beberapa kesilapan antaranya terlalu lama berkuasa. Beliau juga dilaporkan menyesal kerana melantik “2 lelaki yang kemudiannya mengecewakan beliau”, terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Ditanya mengenai perkara itu, pemimpin politik berusia 92 tahun itu berkata Pakatan Harapan ketika ini tertumpu kepada usaha menyingkirkan Najib. “Kita bersetuju dalam hal itu. Tetapi kalau kita bercakap mengenai masa lalu, kita akan mengalami banyak masalah.” Beliau juga berkata Anwar tidak mungkin menjadi perdana menteri Malaysia selepas ini, kerana beliau masih dalam penjara pada pilihan raya umum ke-14.

“Beliau dalam penjara sehinggalah perdana menteri ke-7 berusaha membebaskan beliau. Jadi perlu ada perdana menteri sementara.” Mahathir menafikan ada membincangkan calon untuk jawatan itu dalam mesyuarat dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di London baru-baru ini. 

“Kita hanya bincang mengenai struktur Pakatan Harapan.” Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan liwat. Bekas timbalan perdana menteri itu, yang dilihat sebagai pengganti Dr Mahathir pada 1990-an, disingkir dari kerajaan dan jawatan Timbalan Presiden Umno pada 1998 atas dakwaan salahguna kuasa. 

Ramai penyokong Anwar menyalahkan Dr Mahathir mendalangi pemenjaraan Anwar. Mahathir, yang sebelum ini berkata tiada kawan dan musuh yang kekal dalam politik, berkata beliau bukan jenis orang yang menyimpan dendam terhadap musuhnya. Beliau kini pengerusi PPBM, salah satu komponen parti dalam Pakatan Harapan. Tiga parti lain ialah DAP, PKR dan Amanah. Pada April, beliau membayangkan sedia mengetuai usaha memohon pengampunan diraja untuk Anwar jika pembangkang menang PRU-14. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Saturday, July 08, 2017 10:11:00 AM

Orang Tua ni dari dulu kini dan selama lamanye TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.HAMPEH SEHINGGA KE LUBANG TAIK.

 
Top