pahangdaily pahangdaily Author
Title: Zakaria Serah Surat Tunjuk Sebab Kepada Felda Global Venture FGV
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV), Datuk Zakaria Arshad menyerahka...

KUALA LUMPUR: Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV), Datuk Zakaria Arshad menyerahkan jawapan surat tunjuk sebab kepada syarikat itu, pagi ini, lapor Berita Harian. 

Adik beliau, Maulud Arshad dilaporkan menyerahkan surat itu mewakili pihaknya kepada Setiausaha Syarikat FGV, Koo Shuang Yen. Zakaria dipetik Berita Harian sebagai berkata: 

“Saya harap mereka akan melihat dan mengambil kira juga pandangan saya dan bukan hanya dari pandangan juruaudit sahaja.”

“Ini kerana saya sudah bekerja di sini lebih 23 tahun dan mengetahui selok-belok perniagaan di dalam syarikat dan industri.” Zakaria yakin dirinya di pihak yang benar dan tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa. 

Pada 6 Jun lalu, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria dan 3 eksekutif kanan lain supaya bercuti bagi membolehkan siasatan dalaman dilaksanakan secara terperinci berhubung dakwaan salah laku dalam urus niaga membabitkan syarikat Safitex Trading LLC kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd. Zakaria juga melantik Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai penasihat undang-undangnya dalam siasatan dalaman yang dimulakan bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top