pahangdaily pahangdaily Author
Title: 1MDB: "Bila Agaknya" Arul Kanda Mahu Jumpa Pimpinan PAKATAN?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PAKATAN) sekali lagi menjemput Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menjelaskan dan menj...

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PAKATAN) sekali lagi menjemput Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menjelaskan dan menjawab isu 1MDB termasuk pembayaran hutang berjumlah RM2.58 bilion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua kecewa dengan tindakan Arul Kanda yang menolak jemputannya sebelum ini sedangkan beliau muncul memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa PAS semalam.
Menurutnya, Arul Kanda sepatutnya memberikan peluang sama kepada PAKATAN seperti diberikan kepada PAS.
“Saya bagi pihak PAKATAN minta sekali lagi satu sesi dimana Arul Kanda boleh datang memberi taklimat dan penjelasan dan jawab semua soalan pimpinan kita ingin tanya bagi pihak rakyat.
“Bagi saya dan pimpinan PAKATAN termasuk Tan Sri Muhyiddin dan Tun Mahathir (bertanya). Ada banyak soalan kita nak tanya misalnya bayaran ngin dibayar kepada IPIC,” katanya.
PAS semalam berkata mereka berpuas hati selepas mendengar penjelasan mengenai hutang ditanggung 1MDB dan pelan rasionalisasi hutang daripada Arul Kanda dalam pertemuan di Hotel de Palma, Ampang.
Sebelum ini, syarikat kerajaan Abu Dhabi, IPIC pada 1 Ogos memberikan masa lima hari bekerja kepada 1MDB untuk melangsaikan hutang AS$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion) yang gagal dibayar pada 31 Julai.
Mengulas perkara sama, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata setiap anggota Parlimen berhak mendapat jawapan sebagai aspirasi menjadikan Malaysia mempunyai Parlimen kelas pertama.
Katanya, Arul Kanda diberikan tempoh 24 jam memberikan penjelasan dan bertemu pimpinan PAKATAN.
“Kita wakil rakyat untuk dengar kenapa Malaysia disiasat di seluruh negara akibat 1MDB. Kenapa nama kita (Malaysia) sampai terpalit sebegitu jelik sehingga orang katakan inilah negara kerajaannya merompak?
“Demi untuk membersihkan nama baik Malaysia, saya minta dan desak Arul Kanda beri penjelasan bagi setiap seorang ahli dewan rakyat tanpa rasa takut.
“KEADILAN dan PAKATAN pun sudi bertemu beliau di belakang tabir,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top