Ahli Parlimen DAP Di Arah Keluar Dewan, Usul 1MDB Telah Di Tolak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng hari ini diarahkan keluar Dewan Rakyat, selepas tidak mengendahkan amaran demi arahan daripada Timbalan Speaker untuk duduk, ketika mengemukakan usul membahaskan kegagalan 1MDB membayar hutang International Petroleum Investment Corporation (IPIC), Isnin lalu.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said meminta Lim mengikut peraturan mesyuarat untuk mengemukakan isu itu.
“Mengikut Peraturan Mesyuarat 18. Semalam, saya susah hantar satu usul kepada speaker. Pagi ini saya terima jawapan. Beliau menolaknya,” kata wakil rakyat DAP itu.
“Ia mengenai hutang 1MDB kepada IPIC. Wang itu daripada rakyat,” katanya sebelum diarahkan duduk.
Beliau kemudian diminta membaca surat speaker dan sekali lagi diarahkan duduk.
Ismail berkata, sebarang usul ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (7), yang memberi kuasa kepada speaker untuk menolak usul dikemukakan ahli Parlimen, ia tidak boleh dikemukakan semula.
Lim sekali lagi bangun, sebelum Ismail memberi amaran akan mengarahkannya keluar Dewan.
Lim terus bersuara, sebelum diarah meninggalkan Dewan.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, ada ahli Parlimen yang cuba menggambarkan beliau dan timbalannya tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat.
“Anda membuat persepsi di luar. Anda mempolitikkan isu ini. Jadi, mari berlaku adil,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]