pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bauksit: SPRM "Geladah" 7 Lokasi Berkaitan Perlombongan Haram !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah sekurang-kurangnya tujuh lokasi bagi menyiasat salah laku berka...

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah sekurang-kurangnya tujuh lokasi bagi menyiasat salah laku berkaitan pelombongan haram bauksit di Kuantan, Pahang.

Antara kawasan yang digeledah adalah pejabat pelabuhan Kuantan, pejabat kastam serta beberapa syarikat yang dikaitkan dengan aktiviti itu.

Tindakan itu susulan penahanan sepuluh individu termasuk seorang pegawai Kastam berpangkat penolong pengarah pada Rabu.

Dalam tindakan itu, pelbagai dokumen termasuk borang berkaitan kastam, penyata bank, eksport serta laptop turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Dalam perkembangan itu, lokasi lain yang turut digeledah SPRM adalah di kesemua rumah suspek yang ditahan dan merampas beberapa dokumen seperti akaun bank bagi tujuan siasatan.

SPRM juga sudah menghantar permohonan bagi menyekat sebarang pengambil alihan harta mengikut Seksyen 37(1) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, sehingga hari ini (Khamis) seramai 18 orang saksi yang terdiri daripada pemandu-pemandu lori yang mengangkut bauksit haram, pengurus, penyelia syarikat serta kerani syarikat  sudah diambil keterangan.

Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahya ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata tindakan seterusnya sedang dilakukan SPRM. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top