pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu Bauksit: "Tiga Kakitangan" PTG Pahang Di Lanjut Tempoh Reman !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Perintah tahanan reman terhadap 3 kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang yang disyaki terlibat dalam kegiatan perlom...
KUANTAN: Perintah tahanan reman terhadap 3 kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang yang disyaki terlibat dalam kegiatan perlombongan bauksit haram, dilanjutkan sehingga Ahad, 13 Ogos.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman hari ini, selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamri.
“Permohonan reman terhadap suspek berusia antara 30 dan 40 tahun yang merupakan pegawai penguat kuasa PTG disambung ekoran masih terdapat dokumen yang perlu diteliti bagi melengkapkan siasatan,” kata Mohamad Fadhly ketika ditemui pemberita.
Beliau menambah 6 lagi kakitangan PTG yang turut ditangkap pada operasi khas SPRM berkaitan bauksit, dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh tahanan reman ke atas mereka tamat hari ini.
Katanya 6 suspek itu memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan dan berjanji akan hadir sekiranya mereka diminta untuk membantu siasatan walaupun tempoh reman tamat.
Pada 2 Ogos lalu, SPRM menahan 9 kakitangan PTG Pahang di beberapa lokasi sekitar daerah ini, antara 3.30 dan 3.45 petang kerana disyaki terlibat dalam perlombongan haram bauksit.
SPRM melancarkan operasi khas bauksit memandangkan operasi perlombongan di Bukit Goh dan Bukit Sagu masih berjalan, walaupun kerajaan mengenakan perintah moratorium sejak 15 Januari 2016, yang sepatutnya tamat pada 31 Disember depan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top