pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kes Bocor Maklumat, SPRM Tahan "Pembantu Am" PTG Malam Tadi !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Pembantu Am di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang kerana disy...
KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Pembantu Am di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang kerana disyaki menerima rasuah bagi membocorkan maklumat operasi kepada pelombong bauksit haram.
SPRM dalam kenyataan hari ini, berkata suspek berusia 33 tahun daripada unit penguat kuasa PTG Pahang itu ditahan pada pukul 12.05 tengah malam ketika memberi keterangan bagi membantu siasatan di pejabat SPRM.
Suspek dipercayai menerima suapan daripada pelombong bauksit haram sebagai balasan untuk memberi maklumat mengenai operasi sekitar Bukit Goh, menurut kenyataan itu.Penahanan terbaru ini menjadikan jumlah mereka yang ditahan berkaitan kegiatan perlombongan bauskit haram di daerah ini seramai 11 orang, selepas seorang pegawai kanan kastam dan 9 kakitangan PTG Pahang, ditahan reman sebelum ini.
SPRM melancarkan operasi khas berkaitan perlombongan bauksit selepas mendapati aktiviti perlombongan itu masih berlaku di Bukit Goh dan Bukit Sagu di sini, walaupun kerajaan mengenakan perintah moratorium pada 15 Januari tahun lalu dan dijadualkan tamat pada 31 Disember depan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top