pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu, Anak Luar Nikah: Peguam PKR Selar Mufti Perak Serang Dr Maza !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR hari ini menyelar Tan Sri Harussani Zakaria kerana menyamakan pandangan menyokong penghakiman Mahkam...
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR hari ini menyelar Tan Sri Harussani Zakaria kerana menyamakan pandangan menyokong penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai pendaftaran anak luar nikah sebagai menghalalkan zina.
Peguam Latheefa Koya, sebahagian daripada Jawatankuasa Pusat PKR, berkata kenyataan mufti Perak yang mempertikaikan pendirian rakan sejawatnya dari Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin, adalah mengejutkan dan tidak berasas, malah boleh dianggap “ketidaksopanan daripada satu mufti kepada mufti lain”.
“Apa yang dikatakan Asri, Mahkamah Rayuan dan ramai umat Islam lain ialah anak luar nikah tidak boleh dihukum atas kelakuan ibu bapa mereka dengan menafikan mereka status sah,” kata Latheefa.
“Tidak sesiapa pun termasuk Asri yang mencadangkan zina dihalalkan untuk umat Islam.”
Latheefa berkata sementara ibu bapa boleh dihadapkan di bawah undang-undang syariah atas kesalahan zina, anak yang tidak berdosa tidak harus disiksa.
“Sistem perundangan Islam tidak pernah menganjurkan hukuman terhadap orang yang tidak berdosa.”
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman diterbitkan 25 Julai lalu berkata Jabatan Pendaftaran Negara bertindak di luar kuasanya apabila ia menggunakan “bin Abdullah” untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak yang diberikan taraf luar nikah ketika kelahirannya disebabkan tidak cukup syarat yang ditetapkan oleh fatwa.
“Kami percaya Islam tidak membenarkan penghinaan secara terbuka terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah,” kata hakim Abdul Rahman Sebli, yang turut mempersoalkan amalan JPN meletakkan nama “Abdullah” sebagai nama bapa anak luar nikah.
Keputusan itu dialu-alukan Asri, tetapi dipersoal Harussani yang berkata menyokong pendirian mahkamah itu menjurus kepada menghalalkan zina.
“Pendapat mufti Perlis ini menghalalkan zina. Benda yang diputuskan sejak berzaman tidak boleh ubah, sebab ia berasaskan Al-Quran, hadis, ijma (persetujuan) ulama. Kenapa kita nak melawan hadis?” kata Harussani.
Dalam responnya Asri berkata perbezaan pendapat tidak harus diserang kerana ia menjadi amalan ulama Islam silam.
Beliau turut memetik pandangan Imam Abu Hanifah yang mencadangkan pasangan yang melahirkan anak luar nikah supaya berkahwin untuk menjaga kebajikan anak mereka. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Wednesday, August 02, 2017 9:45:00 PM

Hukuman penzina tu wajib. tapi kenapa pula nak di azabkan pada anak yang x berdosa tu.tahukah bagaimana siksanya jiwa anak2 ini. kalau nak dipettikaikan ijma ulama bagai, kenapa datok2 mufti ni x pertikai plak hukum yang dah ada dlm alquran yg x pun dilaksanakan? cer tok peti ni tlg jawab.

An Anonymous said... Wednesday, August 23, 2017 5:56:00 AM

Kalau dibinkan kpd bapa zina nanti bila tiba masa tuntutan harta si bapa zina, anak zina akan turut memohon haknya hanya kerana dia berbinkan bapa zinanya.. sedangkan di dalam islam anak zina tidak berhak ke atas harta pesaka si bapa zina kerana tiada kaitan langsung dari segi hukum syarak hubungan antara bapa zina dan anak zina..

An Anonymous said... Wednesday, August 23, 2017 6:00:00 AM

Kalau dibinkan kpd bapa zina nanti bila tiba masa tuntutan harta si bapa zina, anak zina akan turut memohon haknya hanya kerana dia berbinkan bapa zinanya.. sedangkan di dalam islam anak zina tidak berhak ke atas harta pesaka si bapa zina kerana tiada kaitan langsung dari segi hukum syarak hubungan antara bapa zina dan anak zina..

Cuba tanya latiffa koya dalam islam ada hukum syariah menghukum si bapa dan anak zina iaitu sebat atau rejam.. dia sokong atau tidak hukuman hudud sebegini? Kalau tidak sokong, dia sebenarnya memang tidak berhak langsung berbicara soal hak si anak zina!

An Anonymous said... Wednesday, August 23, 2017 6:02:00 AM

Maaf sebenarnya jujuman kpd bapa zina dan ibu zina shj bukannya anak zina.. typo

 
Top