pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jho Low: KPN Enggan Beri Respon, Azmin Fail Saman Minggu Depan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Polis Negara, Tan...

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar minggu depan selepas Khalid tidak mahu memberi respon kepada notis tuntutan terhadap tindakan penangkapan dan ekstradisi Low Taek Jho atau Jho Low.

Selasa lalu, Mohamed Azmin memfailkan notis itu menerusi peguam, Latheefa Koya menyatakan, IGP diberi tempoh selama 14 hari dari tarikh notis (1 Ogos 2017) untuk mengambil tindakan sewajarnya dan tindakan undang-undang akan diambil jika beliau gagal berbuat demikian.

Latheefa berkata anak guamnya itu tidak akan menunggu sehingga tamat tempoh 14 hari notis tuntutan itu, untuk mengambil tindakan seterusnya.

“Azmin memberikan IGP peluang untuk melaksanakan kewajipan berkanunnya untuk membawa balik Jho Low untuk siasatan.

“Tetapi kerana beliau tidak berminat, kita akan jumpanya di mahkamah,” katanya memetik laporan MalaysiaKini.

Khalid semalam berkata siasatan ke atas 1MDB masih berterusan dan oleh itu, beliau tidak mahu respons kepada tuntutan Azmin untuk polis mencari Jho Low.

“Jadi, ambillah tindakan mahkamah. Saya tunggulah,” kata Khalid.

Notis tuntutan itu sebelum ini dimaklumkan oleh Pengarah Komunikasi Strategik, Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong dalam kenyataan.

Low disyaki terlibat dalam jenayah pecah amanah di bawah Seksyen 406 atau Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Low yang tidak diketahui keberadaannya dikaitkan dengan skandal 1MDB yang menyaksikan berbilion ringgit dana itu didakwa dilesapkan. Dia bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Awal bulan lepas, seorang jurucakap Low dipetik dalam laporan berita sebagai mendakwa bahawa percubaan untuk mengaitkannya dengan mereka yang mengaku bersalah dalam kes-kes mahkamah yang berkaitan dengan 1MDB di Singapura adalah “berasaskan kepada andaian yang tidak berasas”.

Ia sebagai respons kepada laporan bahawa pendakwa di Singapura telah memberitahu mahkamah bahawa Low adalah individu utama dalam siasatan yang dikaitkan dengan 1MDB. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top