pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mahkamah Arah Supaya Tuduhan Terhadap Kassim Ahmad, Di Tarik Balik !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Syariah hari ini memerintahkan tuduhan terhadap aktivis sosial Kassim Ahmad, 84, yang didakwa menghina Islam...
PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Syariah hari ini memerintahkan tuduhan terhadap aktivis sosial Kassim Ahmad, 84, yang didakwa menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama ditarik balik.
Hakim Azzeman Omar memerintahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menarik balik tuduhan selepas pihak berkuasa agama itu berkata mereka tidak mempunyai Ketua Pendakwaraya Syarie untuk membenarkan pendakwaan terhadap Kassim.
Sebelum itu, Pendakwaraya Syarie Mohd Hafiz Abd Hamid dan Mohd Amirul Adam Ahmad memohon untuk menangguhkan pendakwaan terhadap Kassim sehingga Ketua Pendakwaraya Syarie dilantik.
Amirul menjelaskan pihaknya tidak boleh mendakwa tanpa kebenaran bertulis daripada  Ketua Pendakwaraya Syarie .
Peguam Kassim, Rosli Dahlan bagaimanapun mencadangkan mahkamah agar melepaskan, membebaskan dan menamatkan pendakwaan terhadap anak guamnya.
“Jika tidak dibebaskan, ia akan timbulkan kesusahan kerana diseret secara berpanjangan atas sebab tak masuk akal iaitu tak ada Ketua Pendakwaraya Syarie ,” katanya.
Amirul bagaimanapun berkata pihaknya tiada kuasa untuk menamatkan pendakwaan tanpa kebenaran bertulis daripada  Ketua Pendakwaraya Syarie .
Hakim bagaimanapun berkata mana-mana orang yang layak dan sesuai dari anggota perkhidmatan awam boleh membuat pendakwaan atau menarik balik tuduhan.
“Justeru mahkamah tak bersetuju perlu mendapat jawapan bertulis kerana kebenaran pendakwa raya syarie untuk menarik balik hanya melibatkan kes-kes tertentu sahaja,” kata Azzeman.
Hakim kemudian mengarahkan JAWI menarik balik tuduhan terhadap Kassim, dan wang jaminan kembalikan kepada tertuduh.
“Syukur kepada tuhan,” kata Kassim ketika ditemui pemberita selepas keputusan.
Kassim didakwa atas 3 pertuduhan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya pada 27 Mac, 2014.
Pada 21 Disember 2015, Mahkamah Rayuan memutuskan penahanan Kassim pada 26 Mac 2014 di rumahnya di Taman Kulim Perdana, Kulim, Kedah menyalahi undang-undang kerana tidak mengikut Enakmen Syariah Kedah.
Mahkamah turut mengisyitharkan JAWI bertindak di laur bidang kuasa mengikut undang-undang agama Islam negeri dan Perlembagaan Persekutuan apabila menahan dan mendakwa beliau.
Mahkamah Rayuan juga memutuskan Kassim, yang bermastautin di Kedah, tidak tertakluk kepada fatwa Mahkamah Persekutuan memandangkan dia tidak ditangkap di Wilayah Persekutuan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top