pahangdaily pahangdaily Author
Title: Majlis Perbandaran Kuantan MPK Merangkul 'Dua Anugerah Emas' !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) me­rangkul dua pingat emas sempena Konvensyen Pasukan Kecemerlangan Wilayah Selatan 2017, bar...

KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) me­rangkul dua pingat emas sempena Konvensyen Pasukan Kecemerlangan Wilayah Selatan 2017, baru-baru ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian (foto) berkata, konvensyen itu diadakan di Hotel Ramada Plaza, Melaka pada 1 dan 2 Ogos lalu.

Jelasnya, dua anugerah yang dimenangi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu diperoleh oleh Kumpulan Pelangi Kasih dan Kumpulan Gear Mach.

“Sebanyak 77 kumpulan menyertai konvensyen itu dan MPK menghantar dua kumpulan.

“Kumpulan Pelangi Kasih terdiri daripada sembilan ahli hasil gabungan Bahagian Pembangunan Lestari, Jabatan Peranca­ngan Pembangunan MPK dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang, kemenangan diperoleh menerusi tajuk Projek Kegagalan Bantuan Pembangunan Ekonomi Golongan Miskin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Izad Zainal berkata, Kumpulan Gear Mach pula terdiri dari 10 orang kakitangan Bahagian Mekanikal dan Pengangkutan, Jabatan Kejuruteraan MPK .

Menurutnya, kemenangan anugerah emas kumpulan berkenaan adalah menerusi tajuk Kesukaran Kerja-Kerja Menyelenggara Kenderaan Di Luar Depoh. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top