pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS Jadi Cawangan UMNO Selepas Terima "Penerangan" Arul Kanda !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Sarawak menuduh PAS menjadi “cawangan Umno” selepas parti Islam itu diberi penerangan oleh Presiden dan Pen...
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Sarawak menuduh PAS menjadi “cawangan Umno” selepas parti Islam itu diberi penerangan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai pelan rasionalisasi hutang firma itu pada Isnin.
Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) juga mendakwa PAS dilihat memuji firma pelaburan milik kerajaan itu.
“Nampaknya PAS sudah jadi cawangan Umno. Mereka memuji 1MDB,” katanya di Dewan Rakyat disambut kritikan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata demikian selepas Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) menjelaskan keputusan Ketua Eksekutif 1MDB memberi penerangan kepada partinya baru-baru ini.
Terdahulu, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS berkata, parti itu meminta penjelasan daripada 1MDB selepas 6 soalan berkaitan 1MDB ditolak Dewan Rakyat minggu lepas.
“Disebabkan itu, kami meminta 1MDB memberi penjelasan kepada kami. Orang lain juga boleh bertanya atau menjemput Arul,” katanya.
Sebelum itu, Lim Lip Eng (DAP-Segambut) bangun meminta kebenaran untuk bercakap, berdasarkan kepada Perintah Tetap 43 yang menyatakan keputusan speaker Dewan Rakyat adalah muktamad.
“Speaker berkata soalan 1MDB adalah sub judis dan tidak boleh dibawa ke Dewan. Usul saya (kepada speaker) juga ditolak. Tetapi kami melihat kerajaan menghantar ‘machai’ mereka daripada 1MDB untuk beri penerangan kepada PAS,” tambahnya.
Beliau kemudian tanya Timbalan Speaker Ronald Kiandee apakah Arul sudah melanggar arahan speaker semasa memberi penjelasan kepada PAS.
Kiandee menjawab Perintah Tetap 43 adalah betul di mana keputusan speaker adalah muktamad.
Bagaimanapun, Kiandee menjelaskan perbincangan itu diadakan di luar Dewan Rakyat maka Perintah Tetap itu tidak terpakai.
Lim menempelak: “Apakah punya logik ini? Di dalam Dewan tidak boleh bercakap mengenai perkara itu tetapi di luar Dewan boleh,” katanya yang menyebabkan beberapa ahli Parlimen ketawa.
Semalam, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau “berpuas hati” dengan penjelasan Arul.
Beliau berkata PAS melihat ada keperluan untuk Parlimen memantau aset 1MDB yang diambil alih Kementerian Kewangan.
Semalam juga, Abu Dhabi memberi masa sehingga 31 Ogos untuk 1MDB membayar hutang sebanyak AS$603 juta, selepas berakhirnya tempoh tambahan 5 hari bekerja pada Selasa.
Melalui perjanjian yang dimeterai syarikat kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC), 1MDB dan Kementerian Kewangan di Mahkamah Timbangtara London, April lalu, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion dalam 2 ansuran kepada IPIC, dengan bayaran pertama kira-kira AS$600 juta dibuat menjelang 31 Julai lalu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top