pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pihak Industri "Dingin", Tempoh Moratorium Bauksit Mungkin Di Lanjut
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUCHING: Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan melanjutkan lagi tempoh moratorium atau penggantungan ke atas semua kegiatan perlombong...
KUCHING: Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan melanjutkan lagi tempoh moratorium atau penggantungan ke atas semua kegiatan perlombongan bauksit di Pahang yang akan berakhir pada 31 Disember tahun ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini kerana pihak industri dilihat kurang memberi kerjasama dan tidak berminat menguruskan stok simpanan bauksit yang masih bertimbun di kawasan perlombongan.
“Tinjauan mendapati stok simpanan bauksit masih bertimbun, menjangkau sehingga kira-kira 4.8 juta tan metrik ketika ini, jika keadaan ini berterusan, ditambah dengan masalah kegiatan perlombongan haram, kita tidak mempunyai pilihan selain mungkin melanjutkan lagi tempoh moratorium pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada penduduk Surau Darul Hijrah, Taman Impian, Bandar Baru Samariang di sini.
Kerajaan mengenakan moratorium atau penggantungan ke atas semua kegiatan perlombongan bauksit di negeri ini sejak Januari tahun lepas berikutan isu pencemaran alam sekitar dan tempohnya dilanjutkan beberapa kali sebelum diputuskan berakhir 31 Dis tahun ini.
Sepanjang tempoh moratorium itu, pihak industri melaksanakan tindakan seperti mengosongkan stok simpanan bauksit, mewujudkan sebuah kawasan simpanan bersepadu dan sistem pembersihan sisa bahan mineral itu seharusnya dilaksanakan.
Beliau berkata walaupun masih dalam tempoh moratorium, kegiatan melombong bauksit dipercayai masih dijalankan khususnya pada waktu malam.
Katanya pihak kementerian tidak mempunyai badan penguatkuasaan, justeru pembabitan agensi lain seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras kegiatan perlombongan haram ini amat diperlukan.
“Di pihak kementerian, kami akan lihat dan siasat, jika ada antara syarikat pemegang permit yang diluluskan terbabit dengan kegiatan perlombongan bauksit secara haram ini, kita akan ambil tindakan batal permit mereka,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top