pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pindah 7,000 Pengundi Luar, Jamal Yunos Sedia Hadapi Tindakan SPR !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos sedia berdepan tindakan undang-undang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pendedahann...
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos sedia berdepan tindakan undang-undang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pendedahannya membawa masuk 7,000 pengundi luar ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan yang dimenangi DAP.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu bagaimanapun berkata, selain beliau, SPR juga perlu mengambil tindakan sama terhadap pemimpin pembangkang.
“Kalau mereka nak siasat atau ambil tindakan terhadap saya, siasat sekali Lim Kit Siang yang memindahkan beribu-ribu pengundi di Gelang Patah. Pengundi Cina dipindahkan ke kawasan sasaran mereka untuk memenangi kerusi Parlimen itu.
“Apa yang saya katakan ini berlaku dalam pilihan raya lepas,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersekongkol untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Kenyataan Jamal itu sebagai tindak balas terhadap gesaan Bersih 2.0 yang menggesa SPR memastikan tiada manipulasi dan penipuan dalam daftar pemilih, susulan laporan media kononnya Jamal mengaku membawa masuk 7,000 pengundi luar ke DUN Sekinchan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Jamal ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Subang di sebuah sekolah di Sungai Buloh pada Ahad lepas dilaporkan mengakui bertemu dengan semua pengundi luar itu dan meminta mereka menandatangani perjanjian mengundi yang dijangka berlangsung lebih kurang 2 bulan lagi.
Mengulas lanjut, Jamal berkata, segala tindakannya berdasarkan peruntukan undang-undang.
“Bagi saya sesiapa yang melanggar undang-undang boleh diambil tindakan, saya tidak ada masalah sebab apa yang kami lakukan mengikut prosedur undang-undang,” katanya.
Bersih 2.0 membangkitkan Perkara 119(1)(b) Perlembagaan Persekutuan di mana pemilih hanya boleh mengundi di kawasan kediaman mereka.
“Perkara 113(1) lebih lanjut lagi memberikan tanggungjawab menyedia dan menyemak daftar pemilih setiap kawasan kepada SPR,” katanya.
Sebelum ini, Jamal menyuarakan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan menawan semula kerusi DUN Sekinchan daripada DAP pada PRU14.
Katanya, keyakinan itu berdasarkan peralihan momentum pengundi Cina kepada BN berikutan kegagalan wakil rakyat DAP memperjuangkan kebajikan penduduk.
“Saya berjanji kepada penduduk Sekinchan, walaupun 3 kali DUN Sekinchan kalah, tapi kali ini saya akan rampas daripada DAP.
“Saya yakin 100% kemenangan bakal berpihak kepada BN dan sudah pasti kami ada senjata rahsia,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top