pahangdaily pahangdaily Author
Title: Polis Akan Siasat Pendedahan Kad Pengenalan 'Tun M' Jika Ada Asas !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengesahkan menerima laporan terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Jabat...
KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengesahkan menerima laporan terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Yazid Ramli berhubung dakwaan mendedahkan butiran peribadi kad pengenalan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata laporan itu sedang diteliti bahagian pendakwaan polis.
“Kita akan siasat jika ada asas yang mencukupi untuk menyiasat kes itu. Kita perlu ikut peraturan dan berlaku adil kepada kedua pihak – yang menuturkan kata-kata itu dan yang terkesan dengan kata-kata itu,” katanya kepada pemberita di satu acara polis hari ini.
Zahid memberitahu Mesyuarat Perwakilan Umno Kelana Jaya yang kad pengenalan Dr Mahathir tertera nama “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
Ia membawa singkatan “anak lelaki” atau “a/l” yang selalu digunakan dalam nama rasmi rakyat Malaysia berketurunan India. Menurut Zahid, Yazid memberikan maklumat itu kepadanya.
Zahid berkata pengerusi Pakatan Harapan itu “orang yang memperjuangkan agenda Melayu untuk menggunakan Melayu”.
Kenyataan itu bagaimanapun mengundang laporan polis, yang terbaru dibuat oleh ahli biro undang-undang DAP Kedah Zulhazmi Shariff.
Zulhazmi diiringi Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) dan Thomas Su (Ipoh Timur).
Bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan juga membuat laporan polis di IPD Dang Wangi semalam.
Khairuddin menggesa Dr Mahathir mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid dan Yazid kerana menyalahgunakan kuasa dan menyalahi Akta Perlidungan Data Peribadi apabila mendedahkan maklumat peribadi bekas Perdana Menteri itu kepada orang ramai. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top