pahangdaily pahangdaily Author
Title: SPR "Nafi" Terlibat Video Hasutan, Ambil Tindakan Undang-Undang !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan penglibatannya dalam penerbitan sebuah klip video berkaitan kempen daftar ...
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan penglibatannya dalam penerbitan sebuah klip video berkaitan kempen daftar pemilih untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang disifatkan berunsur hasutan.
Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata perkara itu berpunca daripada tindakan produksi terbabit yang menggunakan logo dan alamat laman web SPR pada akhir video, sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
Sehubungan itu, beliau berkata SPR tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya logo badan berkenaan disalah guna tanpa kebenaran dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat dan boleh menjejaskan imejnya.
“SPR memberi amaran kepada pihak terbabit agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan logo badan ini untuk tujuan mana-mana produksi atau kempen tanpa kebenaran daripada badan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya klip video berdurasi 1 minit 40 saat dalam bahasa Mandarin yang tersebar di media sosial itu membawa kecenderungan berunsur hasutan dan menimbulkan kebencian kepada pihak tertentu melalui kuasa undi mereka.
Mohd Hashim berkata klip video itu turut memaparkan isu yang menjadi kontroversi masa kini seperti 1Malaysia Development Berhad, Malaysian official 1 serta GST.
Ekoran daripada penyebaran klip video ini, SPR menerima banyak aduan daripada orang ramai, katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top