"Sultan Johor", Pemegang Saham Individu Kedua Terbesar 7-Eleven

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar muncul sebagai pemegang saham individu ke-2 terbesar dalam 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dengan kepentingan 8.44 peratus selepas mengambil alih 93.70 juta saham dalam rantaian kedai serbaneka itu sejak Julai 2017.
Pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Vincent Tan berkata, tindakan Sultan Ibrahim menambah pegangan dalam 7-Eleven Malaysia adalah baik untuk syarikat tersebut kerana baginda terkenal sebagai pelabur yang bijak dengan memilih syarikat dan perniagaan yang mempunyai asas yang kukuh serta potensi pertumbuhan yang baik.
Pengerusi 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Abdull Hamid Embong berkata, tindakan Sultan Johor itu mencerminkan keyakinan baginda dalam prestasi dan masa depan 7-Eleven Malaysia.
“Kami yakin dengan adanya pemegang saham sekaliber Tuanku, kedudukan 7-Eleven dalam industri runcit akan dapat diperkukuhkan lagi,” tambahnya.
Ditubuhkan pada 1984, 7-Eleven adalah pengendali kedai serbaneka 24 jam perintis dan terbesar di Malaysia dengan lebih 2,100 outlet di seluruh negara. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]