pahangdaily pahangdaily Author
Title: Upacara "Angkat Sumpah" Tan Sri Raus Sharif Di Adakan Malam Ini !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Tan Sri Raus Sharif yang jawatannya sebagai Ketua Hakim Negara berakhir malam tadi akan mengangkat sumpah secara rasmi m...
PETALING JAYA: Tan Sri Raus Sharif yang jawatannya sebagai Ketua Hakim Negara berakhir malam tadi akan mengangkat sumpah secara rasmi malam ini sebagai hakim tambahan untuk kekal sebagai hakim tertinggi negara, menurut kenyataan media kerajaan.
Ia sehari selepas Badan Peguam mengumumkan akan mencabar keputusan pelanjutan jawatannya dan juga Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan.
Tempoh perkhidmatan Raus adalah untuk 3 tahun lagi mulai hari ini sementara Zulkefli akan kekal di jawatannya untuk 2 tahun lagi mulai 28 September. Raus bersara semalam sementara Zulkefli pada 27 September selepas mencapai umur bersara wajib.
Upacara angkat sumpah akan berlangsung 10.00 malam ini di Istana Negara.
Pelantikan Raus dan Zulkefli terpaut kontroversi berikutan bantahan dari pengamal undang-undang, yang mengatakan tidak ada hakim Mahkamah Persekutuan yang boleh kekal selepas mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.
Bekas ketua hakim Tun Arifin Zakaria berkata beliau mencadangkan nama Raus dan Zulkefli kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac, pada hari terakhir persaraannya.
Hakim tambahan Mahkamah Persekutuan akan mengangkat sumpah di depan ketua hakim atau hakim paling kanan berikutnya jika ketua hakim negara tidak hadir, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 124 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Oleh kerana kerajaan membenarkan Raus meneruskan kedudukannya sebagai ketua hakim negara, Agong perlu menyerahkan watikah pelantikan sebelum Raus mengangkat sumpah.
Semalam, satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan oleh Malaysian Bar berkata ia akan memfailkan saman untuk mencabar pelantikan “tidak berperlembagaan” Raus dan Zulkefli.
EGM juga memutuskan untuk memboikot semua acara sosial yang melibatkan kedua-dua mereka.
Semalam, pemimpin pembangkang menyerahkan memorandum kepada Agong memohon campur tangan menghalang pelantikan semula Raus dan Zulkefli, yang didakwa tidak berperlembagaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top