pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wan Azizah 'Serahkan Usul' Untuk Bahas Isu Perlantikan Kontroversi Raus Shariff
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengemukakan usul di Dewan Rakyat membahaskan keputusan kontroversi melanjut...
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengemukakan usul di Dewan Rakyat membahaskan keputusan kontroversi melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif.
“Bahawa Dewan Rakyat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan menggesa Kerajaan Persekutuan menyemak semula lanjutan perkhidmatan Tan Sri Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara,” kata ketua pembangkang Parlimen itu dalam usulnya.
Difahamkan usul itu ditandatangani 60 ahli Parlimen pembangkang.
Ia diserahkan kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada jam 8.40 pagi tadi.
Sabtu lalu, Raus mengangkat sumpah sebagai ketua hakim negara selama 3 tahun lagi, selepas pengumuman Putrajaya melantiknya sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan.
Keputusan itu menerima kritikan peguam dan ahli politik, yang mempersoalkan tindakan itu sebagai melanggari amalan biasa di samping Perlembagaan Persekutuan. Badan Peguam Malaysia turut mengumumkan akan memboikot Raus dalam semua majlis rasmi.
Raus dilantik April lalu menggantikan Tun Arifin Zakaria yang bersara pada usia 66 tahun pada 31 Mac lalu. Sebelum ini, perkhidmatannya sebagai presiden Mahkamah Rayuan dilanjutkan 6 bulan dari 4 Februari ke 3 Ogos.
Wan Azizah berkata, pelantikan Raus sebagai hakim tambahan dan seterusnya hakim tertinggi negara jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan dan menjejaskan integriti kebebasan dan kewibawaan institusi kehakiman.
“Fasal 122 (1A) yang memberi kuasa melantik hakim tambahan tidak memberi kuasa agar hakim tambahan itu boleh terus berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara di bawah Fasal 122B (1).
“Kandungan Fasal 122 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan seorang Ketua Hakim Negara dan mana-mana ‘hakim tambahan’ semestinya adalah orang yang berlainan dan tidak boleh jadi orang yang sama,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top