pahangdaily pahangdaily Author
Title: Zahid Di Cabar Untuk Dedah Siapa Tiga 'Jerung', Kes Seludup Manusia !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Selepas mendedahkan data peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dicabar unt...

KUALA LUMPUR: Selepas mendedahkan data peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dicabar untuk mendedahkan siapakah ‘individu berpangkat’ yang menjadi dalang pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis pada tahun 2015.

Gesaan ini dibuat Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dalam sidang medianya di Parlimen.

Menurut Kasthuri, berdasarkan laporan media, tiga daripada 10 dalang penyeludup manusia tersebut merupakan ‘jerung’ yang kini berada di penjara negara Thai.

Zahid pada 1 Jun lalu pula menyatakan bahawa kerajaan dalam proses untuk mengekstradisi tiga suspek tersebut untuk dibicarakan di Malaysia.

“Persoalannya adalah siapakah tiga dalang dari negara Malaysia yang ‘berpangkat’ jerung dan mengapakah mereka tidak didakwa dan disabit di Malaysia?

“Memandangkan Zahid Hamidi tidak terkilan mendedahkan maklumat peribadi mantan Perdana Menteri diatas platform politik dalam program UMNO dengan niat mengaibkan Tun Mahathir, maka kami mencabar adakah beliau untuk mendedahkan nama-nama tiga suspek pemain utama sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian dua tahun lepas,” kata Kasthuri.

Dalam penemuan mengejutkan di Wang Kelian itu, 139 mayat terdiri dari lelaki, wanita dan kanak-kanak ditemui di 28 kem tahanan di Wang Kelian dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia daripada negara Thai ke Malaysia. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top